darah haid

Darah haid: Apa yang patut anda tahu?

Darah haid sering juga dianggap satu perkara “tabu” (taboo).

Disebabkan ini lazimnya haid sukar dibincangkan secara terbuka dalam masyarakat kita walaupun ia perkara lumrah yang dialami semua wanita.

Kita semua faham dan terima hakikat bahawa haid adalah satu fasa yang tidak dapat tidak mesti dialami setiap gadis dan wanita.

Bagi gadis, haid menandakan seseorang sudah akil baligh.

akil baligh

Malah, darah haid itu sendiri adalah petunjuk penting mengenai tahap kesihatan wanita.

Ia menjadi tanda tubuh seseorang wanita sedang berfungsi dengan normal atau tidak. 

Justeru, haid tidak sepatutnya dianggap tabu.

Malah, setiap orang, terutama gadis dan wanita dewasa perlu serta penting untuk mempunyai pengetahun cukup mengenai haid dan masalah keputihan yang teruk.

Lebih daripada itu, sangat penting bagi wanita untuk memahami darah haid bagi membolehkan mereka menjaga kesihatan sepanjang tempoh kitaran berkenaan.

Apa sebenarnya darah haid?

Mari kita lanjutkan. Apakah sebenarnya darah haid?

Darah haid merujuk kepada darah yang keluar dari rahim wanita setiap kitaran masa tertentu.

Ia juga dikenali sebagai kitaran menstruasi (menstrual cycle).

Haid bermula sekitar usia seseorang wanita 11 tahun hingga 16 tahun.

darah haid

Namun, ada sesetengah gadis mengalami haid seawal usia sembilan tahun.

Permulaan seseorang mengalami haid banyak bergantung kepada beberapa faktor seperti kaum, genetik dan pemakanan. 

Kemudian, seseorang wanita pula mengalami menopause (putus haid) pada purata umur di antara 47 tahun dan 55 tahun.

Malah, ada wanita mengalaminya lebih lewat atas faktor tertentu. 

Bagaimana rupa darah haid? 

Lazimnya darah haid berwarna merah gelap. Ia terdiri daripada sel darah, tisu dan lendir. 

Darah ini juga boleh berbeza-beza bagi setiap individu dari segi kuantiti dan tahap kepekatan.

warna darah haid

Darah haid normal berlaku di antara tiga hari dan lima hari. Bagaimanapun, ia juga boleh berbeza-beza bagi setiap individu. 

Bilakah haid berlaku?

Haid berlaku dalam tempoh yang agak tetap daripada masa akil baligh hingga menopause (putus haid), kecuali ketika mengandung dan menyusu bayi. 

Bagaimana untuk faham kitaran haid? 

Purata tempoh kitaran haid bagi wanita normal dan sihat ialah 28 hari.

Hari pertama haid dikira sebagai hari pertama bagi setiap kitaran baharu.

Setiap kitaran bagi wanita normal dan sihat ialah di antara 20 hari dan 45 hari.

kitaran haid

Sesetengah wanita mengalami kitaran haid berbeza dari kelaziman. Ia bergantung kepada faktor umur dan tahap kesihatan seseorang wanita

Tempoh aliran keluar haid juga berbeza-beza bagi sesetengah wanita. Lazimnya sekitar enam hari.

Fakta kesihatan juga menunjukkan kira-kira lima peratus wanita sihat mengalami haid kurang daripada empat hari.

Manakala lima peratus lagi mengalami haid lebih daripada lapan hari. 

Berapa kuantiti darah haid yang lazim?

Secara purata, kuantiti darah dan tisu halus yang keluar ketika berlaku haid ialah kira-kira 70 mililiter. 

Lazimnya wanita berusia kurang 35 tahun akan kehilangan darah lebih banyak berbanding wanita berusia 35 tahun ke atas.

darah period

Manakala kuantiti keseluruhan cecair badan yang hilang ketika haid ialah di antara 60 militer dan 200 mililiter.

Disebabkan darah haid ini adalah benda yang kotor. Maka ia akan mengeluarkan bau yang kurang enak dan menyebabkan faraj berbau.

Apakah simpton lazim ketika haid?

Setiap individu juga berbeza dari segi simpton. Sesetengah wanita mungkin mengalami simpton tertentu, manakala setengah yang lain, tidak.

Antara simpton haid :

  • kejang perut
  • tegang payudara
  • sakit kepala
  • mual
  • sakit belakang
  • letih
  • berubah mood atau emosi

Simpton-simpton ini mungkin menjadikan seseorang wanita tidak selesa sepanjang berada di dalam tempoh haid. 

Haid dari sudut Islam

Dalam Islam, haid adalah satu daripada lima perkara yang membatalkan wuduk.

Ada hukum syarak tertentu bagi mereka yang dalam tempoh haid.

Mari kita perincikan.

Ketika haid, wanita diharamkan menunaikan solat dan melakukan ibadah tertentu. Contoh ibadat yang dilarang ketika haid ialah berpuasa. 

perempuan solat

Ini kerana haid dianggap sesuatu yang kotor serta membatalkan kebersihan seseorang dari sudut syarak. 

Bagaimanapun, wanita yang dalam tempoh haid masih boleh melakukan ibadah lain, termasuklah berzikir dan seumpamanya.

Wanita yang dalam haid juga diharamkan melakukan hubungan seksual. 

Selain itu, wanita yang baru habis mengalami haid diwajibkan mandi hadas besar sebelum melakukan ibadah lain seperti solat dan sebagainya. 

mandi air

Bagaimanapun, perlu difahami bahawa dalam  Islam, haid bukan sejenis penghinaan terhadap wanita. 

Ia anugerah Allah swt yang unik serta khusus sebagai satu tanda bahawa seseorang keuturunan Hawa itu sedang dalam keadaan sihat dan subur.

Mengapa berlaku darah haid?

Haid berlaku apabila hormon prostaglandin dilepaskan menyebabkan otot pada  dinding rahim mengecut. 

period

Proses ini menyebabkan pengelupasan endometrium.

Berikutan itu, berlakulah apa yang dinamakan sebagai pendarahan haid.

Normalkah pendarahan haid? 

Darah haid lazimnya tidak menyebabkan sebarang risiko kesihatan.

Namun, ada beberapa faktor boleh meningkatkan risiko komplikasi berkaitan haid.

Ini termasuklah jika dalam tempoh haid itu berlaku kehilangan darah yang terlalu banyak, masalah kesihatan seperti endometriosis atau anemia.

darah

Jika tidak dikawal dan berlaku pada tahap tidak normal, haid juga boleh mendatangkan kesan buruk dari sudut :

  • stres
  • ketidakseimbangan hormon
  • kekurangan nutrisi

Fakta kesihatan menunjukkan ketidakseimbangan hormon atau masalah kesihatan tertentu ada kaitan dengan punca haid tidak teratur atau tempoh haid yang menyakitkan. 

Apa pun, perlu difahami semua wanita bahawa haid tidak sepatutnya sesuatu yang taboo atau sesuatu yang menyakitkan dan menakutkan.

Sebaliknya, darah haid adalah proses semulajadi secara kitaran bagi mana-mana wanita sepanjang usia akil baligh hingga menopause.

Bagaimana sepatutnya melalui tempoh haid?

Daripada apa yang disebut di atas, sangat penting bagi setiap wanita untuk mempunyai pengetahuan dan pemahaman yang jelas mengenai haid. 

period 1 1

Ini supaya setiap wanita mampu menjaga kesihatan masing-masing dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan pemeriksaan kesihatan berkala.

Dengan ini, haid dapat dipastikan tidak menyebabkan masalah kesihatan lain.

Apa wanita patut buat ketika dalam haid?

Antaranya, setiap wanita mesti mengambil langkah sebaik mungkin dalam menjaga kebersihan diri dan persekitaran sepanjang mengalami haid.

Selain aspek kebersihan, setiap wanita perlu mengambil langkah pencegahan untuk melindungi diri daripada dijangkiti apa juga penyakit berbahaya.

kesihatan wanita

Secara lebih spesifik, berikut ialah antara beberapa saranan penting yang patut dipatuhi setiap wanita sepanjang tempoh haid.

1. Jaga kebersihan diri

Wanita sepatutnya membersihkan diri sekurang-kurangnya dua kali sehari sepanjang tempoh haid.

Ini terutama di bahagian alat sulit.

2. Ganti pad wanita secara teratur

Ini sangat penting. Menggantikan pad wanita secara teratur mampu mencegah jangkitan dan bau.

tampon

Tempoh penukaran pad wanita sepatutnya di antara setiap empat jam dan enam jam.

3. Gunakan produk yang tepat

Ini juga sangat penting. Pastikan hanya pilih pad yang sudah diketahui bagus dan bermutu.

Saiznya pula perlu sesuai agar tidak terlalu besar atau terlalu kecil kerana boleh menyebabkan kebocoran darah haid.

4. Jangan lakukan seks 

Fakta kesihatan dan agama menunjukkan hubungan seks ketika haid meningkatkan risiko jangkitan serta pembengkakan pada alat sulit wanita.

Justeru, aktiviti seks mesti dielakkan sepanjang tempoh haid.

5. Kurangkan pengambilan kafein dan garam

Sangat penting juga setiap wanita mengurangkan pengambilan makanan atau minuman mengandungi kafein atau garam dalam kuantiti tinggi.

caffeine

6. Melakukan senaman ringan

Melakukan senaman atau riadah ringan dalam tempoh haid juga penting bagi mengelak kekejangan dan rasa tidak selesa.

jogging

Ia termasuklah berjalan kaki, berenang atau berkebun sekitar rumah.

Lebih daripada itu ialah amat penting setiap wanita mengambil berat dan memantau jika wujud tanda-tanda gangguan haid.

Dan, jika mengalami perdarahan berlebihan atau berasa sangat tidak selesa.

Anda sepatutnya berjumpa dan dapatkan nasihat perubatan daripada doktor perubatan. 

Mencegah kan lebih baik daripada merawat.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *