faraj berbau busuk
|

Faraj berbau busuk: Ketahui punca dan cara rawatan

Dari sudut tafsiran sains dan ilmu perubatan, faraj ialah organ di bahagian tubuh wanita yang terletak di antara kedua-dua paha.

Ia mempunyai pelbagai fungsi, termasuk sebagai saluran kencing dan saluran kelahiran bayi ketika proses bersalin. ‘

faraj berbau

Pun begitu, apa yang kita nak sentuh kali ini bukan organ faraj itu sendiri, tetapi masalah berkaitan faraj berbau. 

Jangan lihat ini dari sudut tabu (taboo), tetapi lihat dari sudut isu kesihatan wanita seperti kesuburan wanita.

Mari kita teruskan.

Apakah yang dimaksudkan faraj berbau?

Pertama-tama perlu difahami bahawa faraj berbau ada kaitan dengan kewujudan kuman dan bakteria yang terkumpul di dalam alat kelamin berkenaan.

Bakteria dan kuman dapat hidup dan berkembang dalam faraj jika tidak dijaga dengan baik. 

bau berbau

Ini ada kaitan dengan faktor-faktor seperti kebersihan yang kurang terjaga, pemakaian pakaian dalam yang tidak sesuai dan penggunaan produk kimia secara berlebihan.

Masalah ini juga ada kaitan dengan kurangnya penggunaan sabun yang sesuai ketika mandi.

Mengenai punca faraj berbau ini, ia akan diperincikan kemudian.

Kita lihat dahulu simpton atau impak akibat faraj bau busuk.

PERIOD KEMBALI TERATUR

Wanita yang mengalami faraj berbau biasanya akan berasa tidak selesa, malah malu bimbang bau itu dikesan orang lain. 

Faraj bau busuk juga boleh menyebabkan masalah dalam hubungan seksual dan menjadi petanda awal penyakit atau jangkitan pada faraj.

Adakah normal jika faraj berbau?

Jawapannya, ya normal. Sebenanrya normal jika faraj bau pelik, tetapi berbau pada kadar ringan dan bau biasa. 

Tidak semua bau faraj harus dirisaukan.

Selalunya, bau faraj akan bertukar ketajaman baunya sepanjang kitaran haid dan ia berbau lebih kuat selepas hubungan seks.

Tentu ada pertanyaan “bau faraj itu sepatutnya bagaimana”? 

berfikir

Bau faraj lazimnya unik. Dan, bau ini boleh berubah-ubah bergantung pada pelbagai faktor seperti tahap kesihatan, pengambilan makanan dan kebersihan diri. 

Bau faraj terjadi akibat kombinasi lendir dari faraj, kelenjar peluh di sekitarnya dan baki air kencing. 

Ini bermaksud, jika faraj bau ringan sahaja, ia normal.

Bau faraj yang normal adalah bau yang sepatutnya wujud pada setiap wanita dewasa.

Bau ini tidak mempunyai bau yang kuat atau tidak menyenangkan, tetapi boleh dianggap sebagai bau semulajadi yang lembut dan tahan lama. 

faraj berbau 1 1

Pada kebanyakan masa, bau faraj yang normal tidak terlalu ketara atau kuat dan hanya dapat dikesan dari jarak terlalu dekat dengan hidung.

Sebenarnya, faraj mempunyai sistem pembersihan tersendiri dan automatik.

Walaupun dibersihkan dengan air atau sabun, faraj mungkin kembali berbau beberapa jam selepas itu. Itu normal.

Bau faraj tidak normal

Bagaimanapun, jika faraj bau secara tidak menyenangkan dan kuat, ia patut diberi perhatian khusus.

Maksudnya, jika bau faraj anda berubah secara drastik dan tidak normal seperti berbau busuk atau hamis, seseorang wanita perlu mengambil langkah-langkah tertentu.

jangkitan kuman

Ini kerana dibimbangi bau faraj secara tidak normal itu adalah indikasi kepada masalah kesihatan lain.

Lebih buruk, dibimbangi berlaku jangkitan pada faraj.

Jika ini berlaku, sudah tentu memerlukan rawatan segera bagi mengelak masalah kesihatan lain yang lebih serius.

Mengapa faraj berbau?

Ini kita perlu tahu. Ada banyak sebab mengapa faraj wanita berbau tidak enak atau berbau secara tidak menyenangkan.

Berikut sebahagian daripada sebab atau punca faraj berbau.

1. Jangkitan bakteria atau kulat

Pelbagai jangkitan bakteria, termasuklah jangkitan vagina boleh menjadi punca faraj bau.

Jangkitan kulat lazimnya berkaitan kewujudan kuman tertentu pada faraj.

Kuman ini boleh menyebabkan jangkitan bakteria vaginosis, malah penyakit kelamin. Ini jika tidak ditangani secara betul dan dibiarkan untuk tempoh lama.

2. Kaedah penjagaan diri

Kelaziman kaedah penjagaan dan pembersihan diri turut memyumbang kepada faraj menjadi berbau.

Malah, kegagalan melazimi membersihkan sekitar faraj secara teratur dan berkala juga menyebabkan tompokan bakteria yang mendiami kawasan itu.

Ini akhirnya menyebabkan berlaku bau tidak menyenangkan di sekitar faraj atau di dalamnya.

3. Penggunaan produk rawatan diri

Penggunaan produk rawatan diri tertentu seperti sabun atau produk kewanitaan lain juga menyumbang kepada masalah faraj berbau.

Bahan-bahan berkenaan lazimnya mengandungi bahan kimia yang boleh mengganggu keseimbangan pH di sekitar dan di dalam faraj.

Ini boleh menyebabkan berlaku bau tidak menyenangkan pada alat sulit wanita.

4. Faktor lain 

Faktor lain yang menyebabkan faraj berbau antaranya ialah pengambilan sesetengah jenis makanan.

Ini terutama makanaan berbau tajam atau pedas seperti cabai, bawang putih, rempah dan sebagainya.

Makanan seperti ini boleh mempengaruhi aroma di sekitar faraj.

Kebersihan pakaian dalam wanita juga boleh menyumbangkan kepada pembentukan bau faraj.

Selain itu, masalah kesihatan tertentu turut boleh menyumbang kepada masalah faraj berbau.

Ini termasuk diabetes dan kanser.

Ia menentukan bau dan aroma di sekitar faraj.

PERIOD KEMBALI TERATUR

Faraj berbau: Bagaimana cara atasi?

Ada banyak cara mengatasi masalah faraj berbau.

Malah, bukan sahaja merawat masalah faraj berbau, anda boleh mencegah dengan cara-cara tertentu.

Berikut ialah sebahagian kaedah yang dapat dilakukan bagi mengelak atau merawat masalah ini.

1. Menjaga kebersihan diri

Membersihkan sekitar kawasan faraj dengan air dan sabun yang lembut setiap hari.

Hal ini dapat membantu mengurangkan kewujudan bakteria yang akhirnya menghasilkan bau tidak menyenangkan di situ.

2. Amalkan pemakanan sihat 

Mengambil makanan yang sihat seperti sayuran, buahan, protein dan serat juga dapat membantu mengurangkan kebarangkalian berlaku jangkitan pada sekitar faraj.

3 .Elakkan penggunaan produk beraroma kuat

Penggunaan produk pembersih dan produk kecantikan beraroma kuat seperti sabun mandi dan pewangi tubuh.

Ini boleh menyebabkan keradangan serta meningkatkan risiko jangkitan dan bau tidak menyenangkan pada faraj.

Elakkan bahan-bahan ini.

4. Elakkan pakaian ketat

Mengenakan pakaian terlalu ketat juga boleh menyebabkan berlaku kelembaban di sekitar faraj, sekali gus menjadikan kawasan itu didiami bakteria.

Ini tentu menghasilkan bau tidak menyenangkan di situ.

5. Amalkan kaedah tradisional

Ada banyak cara tradisional bagi merawat masalah faraj berbau dengan menggunakan herba.

Antaranya menggunakan Daun Kemangi. Daun ini mengandungi antibakteria dan antioksidan.

Daun Sirih juga sesuai digunakan bagi masalah faraj berbau. Ini kerana daun sirih mempunyai mampu membantu membasmi kuman dan mengelak faraj berbau.

Anda juga boleh menggunakan daun pandan untuk merawat masalah faraj berbau.

Daun pandan memang sudah sedia diketahui mempunyai bau wangian tersendiri.

Herba alami lain yang dapat digunakan untuk merawat masalah faraj berbau ialah lidah buaya atau aloe vera.

Lidah buaya atau aloe vera juga sudah sedia diketahui bagus dan banyak digunakan dalam bidang farmaseutikal.

Jamu moden seperti herba Kacip Fatimah. Herba ini diketahui mengandungi antioksidan tinggi.

Anda dapat semak di Internet mengenai bagaimana ramuan atau cara penyediaan setiap herba di atas bagi tujuan merawat faraj berbau.

Kesimpulan

Apapun, jika masalah faraj berbau dalam tempoh lama serta semakin serius, kaedah terbaik ialah anda mesti mendapatkan nasihat doktor perubatan.

Doktor perubatan biasanya akan mengesyorkan kaedah perubatan sesuai. Faraj yang berbau mungkin juga berkaitan dengan tanda menopause awal.

Bagaimanapun, anda perlu berhati-hati dalam mendapatkan nasihat perubatan mengenai masalah ini kerana ia hal sensitif dan terdedah kepada pelbagai kemungkinan  buruk.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *