jamu untuk wanita

Jamu untuk wanita: Kelebihan dan keburukan

Jamu untuk wanita sudah sekian lama menjadi bahagian penting komponen budaya warisan Melayu di Malaysia dan Indonesia. 

Bahan ini digunakan sebagai komponen penting dalam penjagaan kesihatan dan kecantikan masyarakat tradisional di kawasan perkampungan di Malaysia dan Indonesia sejak berabad lamanya.

jamu untuk wanita

Malah, populariti jamu itu sendiri menjadikan bahan ini bukan sekadar sebahagian budaya tradisi, malah membentuk industri komersil sendiri. 

Dan, di Malaysia serta Indonesia, jamu untuk wanita didagangkan secara komersil di hampir semua bandar dan penempatan.

Jamu biasanya diamalkan untuk menyelesaikan masalah dalama seperti period tak teratur.

Jamu itu apa?

Apakah jamu sebenarnya? Apakah kandungan di dalam jamu? Apa kebaikan dan apa keburukan jamu? 

Semua persoalan itu dijawab di dalam tulisan ini.

Teruskan pembacaan kerana anda akan memperolehi info berguna untuk pengetahuan dan manfaat kesihatan anda sekeluarga.

Mari kita teruskan.

jamu wanita

Jamu lazimnya daripada campuran pelbagai herba serta rempah yang dikisar, kemudian dihasilkan dalam bentuk minuman atau jamu mampat.

Ia dipercayai berkhasiat untuk kesihatan dan diterima pakai sebagai alternatif perubatan dalam masyarakat tradisional.

Antara kelebihan jamu dipercayai :

  • membantu melancarkan penghadaman
  • meningkatkan kecantikan kulit
  • meningkatkan daya tahan tubuh
  • merawat pelbagai penyakit seperti demam, sakit kepala serta sakit sendi.

Jamu untuk wanita: Ramuan alami

Antara kandungan jamu ialah herba, rempah dan buah-buahan serta bunga-bungaan.

Ia termasuklah :

  • kunyit
  • halia
  • kayu manis
  • bunga kantan
  • kulit manggis
  • daun pandan
  • temulawak
  • lengkuas
  • serai
  • daun kari

Semua bahan herba dan rempah ini dipercayai secara tradisional mempunyai pelbagai khasiat tersendiri.

kunyit

Contohnya, kunyit dipercayai mampu membersihkan hati serta merangsang sistem pencernaan, manakala temulawak membantu merawat sakit perut.

Lengkuas pula dapat menghilangkan sakit kepala dan mual.

Manakala halia digunakan untuk merawat selesema dan melegakan sakit sendi.

Selain itu, ramuan jamu sendiri sangat popular dan sering sinonim bagai bahan membantu meningkatkan kecantikan wanita.

bunga kenanga

Antaranya penggunaan bahan daun pandan, temulawak dan bunga kenanga di dalam jamu dipercayai dapat membantu menghaluskan kulit serta mengatasi masalah jerawat dan ruam.

Ia perlu digunakan secara berkala untuk menjamin kesan terapeutik di dalamnya serta mendapat keberhasilan penggunaan yang diharapkan.

Jamu: Ini sebahagian contoh

Lazimnya ada pelbagai jenis jamu sama ada yang dihasilkan untuk tujuan komersial atau digunakan secara individu atau kegunaan keluarga.

Berikut ialah antara contoh jamu yang popular di Malaysia dan Indonesia.

Jamu Temulawak

temulawak

Jamu ini dihasilkan menggunakan temulawak, halia dan gula manisan kelapa sebagai bahan utama. 

Ia berkhasiat dalam membantu mengurangkan rasa sakit sendi serta meredakan sakit kepala.

Jamu Kunyit Asam

kunyit asam

Jamu ini lazimnya menggunakan kunyit, asam jawa dan madu sebagai bahan utama. 

Ia berkhasiat dalam membantu menjaga dan memulihkan sistem pencernaan serta mengurangkan kembung perut.

Jamu Beras Kencur 

beras kencur

Jamu ini dihasilkan daripada gabungan beras, gula merah dan air sebagai antara bahan utama. 

Ia berkhasiat dalam meningkatkan daya tahan tubuh serta membantu meredakan gejala selesema dan batuk.

Jamu Jago 

Jamu ini dihasilkan daripada temulawak, lada hitam dan kayu manis sebagai antara bahan utama. 

Ia berkhasiat untuk membantu meningkatkan libido, daya seksual serta daya tahan tubuh.

jamu jago

Malah, sebahagian besar jamu, terutama yang dihasilkan untuk kegunaan bukan komersil.

Sebaliknya hanya kegunaan sendiri atau keluarga, tidak mempunyai nama khusus walaupun khasiatnya sudah terbukti.

Jamu-jamu berkenaan dihasilkan dan digunakan secara turun temurun di kalangan keluarga atau warisan sahaja.

Apa kelebihan jamu untuk wanita?

Sejak masyarakat tradisional di Malaysia dan Indonesia hingga kini.

thumbs up

jamu sangat percaya memberi banyak manfaat dari sudut kesihatan dan kecantikan. 

Antara kelebihan jamu untuk wanita dari sudut manfaat kesihatan ialah seperti senarai di bawah.

1. Semuajadi dan selamat

Jamu dihasilkan dari bahan semulajadi seperti herba, rempah dan buah-buahan serta bunga-bungaan. 

semulajadi dan selamat

Secara tradisional, ia tidak mengandungi bahan kimia berbahaya, kecuali jika dihasilkan di kilang oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Kemudian mendakwa dan menamakannya sebagai “jamu tradisional”.

2. Meningkatkan daya tahan tubuh

Sesetengah jamu diramu khusus menerusi gabungan pelbagai bahan yang bertujuan membantu meningkatkan daya tahan tubuh.

Antara bahan berkenaan termasuklah Akar Ginseng dan Daun Pegaga sebagai bahan utama. 

Penggunaan semua bahan alami ini dipercayai secara tradisional dalam membantu meningkatkan sistem imun tubuh serta mencegah penyakit.

3. Mengurangkan sakit 

Sesetengah jamu diramu khusus untuk untuk membantu mengurangkan sakit dan rasa tidak selesa.

Ini termasuklah sakit ringan seperti sakit sendi,sakit sengugut, sakit kepala dan sakit perut.

sakit kaki

Antara bahan herba yang digunakan untuk menyediakan jamu jenis ini termasuklah kunyit dan temulawak. 

Bahan ini sudah sedia terkenal sebagai bahan yang mampu membantu mengurangkan keradangan.

4. Mengurangkan stres 

stress

Malah beberapa jenis jamu pula mampu mengurangkan stres.

Ia dengan menggunakan bahan seperti daun pandan dan daun kari sebagai bahan jamu.

Penggunaan bahan ini sebagai bahan membuat jamu dipercayai secara tradisional mampu meningkatkan rasa tenang dan rileks dalam menjalani kehidupan seharian.

5. Menjaga kesihatan dan kecantikan kulit 

Beberapa jenis jamu bertujuan membantu menjaga kesihatan kulit serta meningkatkan dan mengekalkan kecantikan.

Ini termasuklah menerusi gabungan pelbagai ramuan alami di dalam sesuatu jenis jamu.

cantik kulit

Ia termasuklah kunyit asam dan beras sebagai bahan utama.

Bahan ini dipercayai sejak turun temurun mampu membantu membersihkan kulit serta mencegah jerawat dan bintik hitam pada wajah.

Malah dengan amalkan jamu dapat pastikan pengaliran darah haid lebih teratur.

Ternyata jamu untuk wanita mempunyai banyak kebaikan dan manfaat dari sudut kesihatan serta  kecantikan. 

Apakah keburukan dan bahaya jamu?

Jamu moden, sebagaimana lazim mana-mana produk buatan manusia, terdedah juga kepada beberapa keburukan dan bahaya penggunaan.

Keburukan dan bahaya jamu ini tidak disebabkan jamu itu sendiri, sebaliknya lebih disebabkan proses penghasilan secara salah serta tidak menggunakan bahan yang betul-betul alami serta semulajadi.

kilang

Lazimnya jamu, apabila diproses di kilang oleh mereka yang tidak bertanggunawab, ada kemungkinan akan lebih mementingkan keuntungan komersil semata-mata.

Jika ini berlaku, jamu yang dihasilkan mungkin boleh memudaratkan kesihatan pengguna.

Mari kita perincikan jamu dari sudut ini.

1. Tiada kawalan kualiti

Selaras kedudukannya sebagai produk tradisional, terutama jika dihasilkan di rumah.

satu kelemahan jamu ialah ia tiada kawalan kualiti yang sah.

2. Bahan tidak selamat

Sesetengah jamu juga mungkin mengandungi bahan tidak terurai, termasuklah  logam berat dan bahan kimia berbahaya. 

Ini tentu memberi kesan bahaya dalam jangka panjang.

3. Kesan sampingan

Jamu juga mungkin mendatangkan kesan sampingan tertentu, termasuklah alahan, kebas, letih dan sakit kepala. 

Lebih parah, jamu mungkin menyebabkan kesan sampingan serius seperti keracunan dan kerosakan hati.

4. Gangguan kepada ubat preskripsi

Sesetengah jamu mungkin mendatangkan kesan tertentu terhadap pengambilan ubat preskripsi yang dibekalkan oleh klinik atau hospital atau mana-mana doktor perubatan (medical doctor).

5. Kesan tidak serasi

Sesetengah jenis jamu pula mungkin tidak sesuai untuk sesetengah orang yang sedang mengalami masalah kesihatan tertentu atau sedang mengambil ubat preskripsi oleh doktor perubatan. 

Ketika jamu diakui banyak khasiat untuk kesihatan dan kecantikan, apa yang penting pengguna mesti juga sentiasa waspada.

Kesimpulan

Dapatkan nasihat doktor perubatan, patuhi arahan Kementerian Kesihatan (KKM), beli jamu hanya dari sumber sah dan dipercayai menjaga kualiti, ambil pada dos yang sepatutnya serta perhatikan kesan sampingan, jika ada.

Jangan terlalu bergantung pada jamu semata-mata, terutama mambabitkan masalah kesihatan serius atau kronik.

Sentiasa dapatkan nasihat perubatan profesional.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *