keputihan wanita
|

Keputihan wanita: Ketahui punca dan cara rawatan

Masalah keputihan wanita yang lazim dialami sesetengah wanita berlaku secara semulajadi.

Ini sebagai cara tubuh membersihkan dan mengekalkan keseimbangan pH di kawasan alat sulit atau kemaluan wanita.

Bagaimanapun, masalah keputihan secara berlebihan perlu diberikan perhatian.

keputihan wanita

Terutamanya dengan gejala gatal, bau tidak menyenangkan, ketidakselesaan atau perubahan warna serta tekstur kulit.

Ia mungkin indikasi berlaku jangkitan atau masalah kesihatan lain yang memerlukan pemeriksaan dan pemerhatian perubatan oleh doktor.

Apakah keputihan wanita?

Sebelum itu, ada baiknya kita mempunyai sedikit maklumat asas mengenai “keputihan”.

Tulisan ini akan fokus kepada masalah berkenaan dengan melihat punca dan cara mengatasi atau merawat keputihan.

Dalam bahasa Inggeris, keputihan dikenali sebagai “leucorrhoea“.

punca keputihan

Ia dialami sesetengah wanita pada kadar normal atau tidak normal.

Keputihan lazimnya berlaku pada wanita dalam usia mengandung, iaitu usia baligh hingga menopause.

Seperti disebut pada awal tadi, punca keputihan boleh menjadi indikasi awal kepada masalah kesihatan yang lebih serius jika masalah ini berlaku secara bukan keputihan tahap normal.

Keputihan biasanya normal sahaja dialami oleh para wanita.

Namun, jika ia menjadi ketara dan berlebihan, berwarna tertentu, berbau busuk, gatal atau sakit, ia mungkin satu indikasi kepada masalah kesihatan lain. 

Ini perlu ditangani dan dirawat segera.

PERIOD KEMBALI TERATUR

Jenis keputihan

Ada dua jenis keputihan wanita :

  • keputihan fisiologis
  • keputihan patologis. 

Keputihan fisiologis 

Keputihan ini bersifat fisiologis. Ia lazimnya normal dan tidak menunjukkan gejala penyakit. 

Keputihan jenis ini sering berlaku ketika seseorang wanita mengalami kesuburan atau sebelum bermula kitaran haid.

Jika pun berlaku lelehen lendir, ia hanya normal.

mengandung

Lazimnya berwarna putih atau krim susu.

Malah, ia tidak berbau serta tidak menyebabkan gatal pada faraj. 

Lendir yang keluar pula sedikit dan berbentuk cecair. 

Keputihan fisiologis ini dialami hampir setiap wanita. 

Keputihan patologis

Bagaimanapun berhati-hati dengan keputihan patologis. 

Keputihan patologis lebih kronik. Keputihan jenis ini akan menunjukan gejala penyakit.

Gejala yang dapat dilihat antaranya ialah lendir berwarna kuning, kelabu atau hijau yang bersifat kental.

jenis keputihan

Malah, lendir itu berbau busuk serta menyebabkan kegatalan dan faraj berbau

Perlu diketahui bahawa fakta kesihatan menunjukkan keputihan patologis berpunca daripada jangkitan kuman, bakteria atau kulat.

Ia mesti dirawat segera. 

Punca keputihan: Adakah ia berbahaya?

Seperti dinyatakan di atas, dalam keadaan biasa, keputihan secara umumnya hanya proses semulajadi bagi hampir semua wanita.

Maksudnya, faraj akan mengeluarkan lendir khusus bagi melindungi kesihatan dan kebersihan organ sulit wanita. 

bahaya

Namun, jika keputihan berkenaan mengandungi gejala tidak normal seperti gatal, bau busuk, lendir likat dan berubah warna.

Ia mungkin indikasi jangkitan atau masalah kesihatan tertentu.

Bila keputihan tidak normal, maka ia memerlukan perhatian dan rawatan khusus bagi mengelak sebarang masalah kesihatan lain.

Seperti dikatakan tadi, keputihan dengan gejala luar biasa mungkin indikasi kepada masalah kesihatan yang lebih serius.

Kita takut juga ila tidak dirawat awal yang boleh membawa kepada masalah lebih kronik, termasuk penyakit seksual, malah kanser serviks. 

kanser serviks

Justeru, amat penting bagi setiap wanita untuk memberi perhatian kepada masalah  keputihan.

Dan, jika perlu, jangan berlengah berjumpa doktor perubatan, terutama apabila berlaku perubahan pada warna dan bau lendir faraj.

Perlu diingatkan sekali lagi bahawa ketika keputihan adalah perkara biasa yang dihadapi wanita namun perlu lihat sebarang tanda perubahan warna dan bau.

Justeru, ia mesti dirawat segera.

Mengapa berlaku keputihan pada wanita?

Ini juga perlu diketahui dan difahami.

Banyak faktor dan punca keputihan :

  • penyakit kelamin
  • kekurangan estrogen
  • jangkitan kuman akibat selesema biasa
  • stres
  • pengambilan antibiotik. 
sakit ketika kencing

Lazimnya wanita yang mengalami keputihan mungkin juga mengalami gejala lain seperti

  • kegatalan faraj
  • sakit ketika kencing atau hubungan seksual
  • sakit di pinggul.

Untuk lebih faham, mari kita perincikan punca keputihan.

Berikut ialah sebahagian daripada faktornya.

Faktor fisiologis

Physiology

Seperti dijelaskan di atas tadi, keputihan wanita mungkin disebabkan faktor fisiologi.

Ini termasuk berkaitan ovulasi, kehamilan atau menghampiri kedatangan haid. Boleh juga menjadi tanda lambat menopause.

Jangkitan vagina

Jangkitan vagina adalah penyebab paling umum keputihan pada wanita. 

jangkitan

Jangkitan ini banyak disebabkan bakteria atau virus.

Bakteria atau virus itu wujud disebablan kelemahan penjagaan kebersihan sekitar alat sulit, atau mungkin disebabkan masalah kesihatan tertentu.

Gangguan hormon

Gangguan hormon berkaitan menopause atau Tiroid juga boleh menyebabkan masalah keputihan pada wanita.

Alahan atau alergi

Faktor lain ialah alergi terhadap bahan-bahan tertentu.

alergi

Ini termasuklah alahan berkaitan penggunaan sabun atau produk kecantikan. 

Masalah kesihatan kronik

Selain itu, masalah kesihatan kronik yang dihidapi seseorang wanita juga boleh menjadi faktor keputihan.

kanser cervic

Ini termasuklah penyakit kanser servik atau kanser pangkal rahim. 

Faktor lain keputihan 

Keputihan juga boleh berlaku disebabkan pengambilan bahan mengandungi antibiotik dan steroid.

pil perancang keluarga yasmin

Pil perancang keluarga tertentu juga mungkin tidak sesuai dengan sesetengah wanita hingga menyebabkan keputihan.

Bagaimana cara hilangkan keputihan?

Pun begitu, jangan terlalu risau mengenai keputihan, terutama jika ia jenis normal yang tidak membahayakan.

Masalah keputihan sebenarnya dapat diatasi dengan cara-cara tertentu.

Berikut ialah beberapa kaedah merawat keputihan.

1. Bersihkan alat sulit

Bersihkan bahagian sulit dengan cara yang betul.

Gunakan air bersih dan sabun pH neutral untuk membersihkan bahagian berkenaan. 

sabun dove

Elakkan menggunakan sabun atau bahan kimia keras yang boleh menyebabkan keradangan.

2. Elakkan produk kesihatan berkimia

Elakkan menggunakan produk kesihatan wanita yang berpotensi menyebabkan keradangan.

Produk pad wanita, antaranya, yang mengandungi pewangi atau bahan kimia tertentu boleh menyebabkan keputihan menjadi lebih serius atau lebih gatal. 

pad wanita

Elakkan pad wanita seumpama itu.

3. Pilih hanya air bersih

Di dalam faraj sebenarnya ada bakteria sihat. 

Justeru, elakkan membasuh bahagian faraj menggunakan air atau cecair yang boleh menghilangkan bakteria sihat serta meningkatkan risiko jangkitan.

Cukup sekadar membasuh bahagian kemaluan dengan air biasa dan tidak perlu pencuci wanita.

4. Elakkan pakaian ketat

Elakkan memakai pakaian ketat.

Pakaian ketat atau seluar dalam yang terlalu ketat boleh menyebabkan keradangan pada kemaluan.

seluar ketat

Ini boleh menyebabkan keputihan semakin teruk dan kegatalan bertambah kronik.

Dan, pastikan hanya guna seluar dalam bersih.

Tukar seluar dalam setiap hari dan gunakan seluar dalam yang bersih serta kering sepanjang masa.

5. Ambil berat diet

Perhatikan diet yang dimakan setiap hari.

Makanan yang tinggi gula dan rendah serat boleh mencetuskan pertumbuhan bakteria tidak sihat di bahagian alat sulit. 

makanan sihat

Sebaliknya, pengambilan makanan sihat dan tinggi serat seperti buahan dan sayuran dapat membantu mengekalkan kesihatan faraj.

Amalkan minum jus jamu juga dapat bantu atasi masalah keputihan ni.

Seperti dikatakan di atas, secara umumnya, keputihan bukanlah satu masalah yang serius.

Namun, ia perlu diberikan perhatian khusus jika ada gejala serius berkaitan.

Ini terutama jika keputihan berlaku ketika hamil.

PERIOD KEMBALI TERATUR

Nasihat doktor

Walaupun keputihan bukan gejala kesihatan yang terlalu serius, anda perlu mendapatkan nasihat dan rawatan doktor perubatan jika ia bertukar menjadi serius serta menimbulkan masalah lain.

Contohnya, jika keputihan menyebabkan kegatalan dan semakin teruk. 

nasihat doktor

Maka pada tahap ini, anda perlu dapatkan nasihat doktor dengan segera agar diagnosis dan rawatan dapat dijalankan.

Sebagai wanita Islam, seboleh-bolehnya usahakan untuk dapat bertemu dengan doktor wanita.

Sebaiknya jika keputihan bertukar menjadi lebih serius, elakkan terus mengambil ubat secara sembarangan tanpa nasihat doktor perubatan terlebih dahulu.

Perlu diingat bahawa keputihan dan kegatalan akibat daripadanya boleh mendatangkan kesan sampingan lain jika mengambil ubat yang salah atau tidak sesuai.

Keputihan: Bila perlu berjumpa doktor?

Sebetulnya bila masa sesuai atau tahap mana masa yang sesuai untuk anda berjumpa doktor jika mengalami masalah keputihan?

Rata-rata pakar perubatan menasihatkan seseorang berjumpa doktor jika mengalami gejala berikut.

  1. Berlaku lelehan yang disertai sakit perut. Ini kerana kemungkinan anda sudah mengalami Keradangan Pelvik atau Pelvic Inflammatory Disease (PID). Ini boleh ditentukan menerusi pemeriksaan doktor.
  2. Berlaku lelehan pada faraj kanak-kanak yang belum akil baligh. 
  3. Berlaku lelehan yang disebabkan pengambilan ubat tertentu, terutama antibiotik.  
  4. Keputihan tidak pulih dalam masa dua minggu atau ia menjadi semakin serius. 
  5. Ada tanda-tanda berlaku jangkitan kelamin.
  6. Ada kaitan dengan penggunaan bahan perancang kehamilan atau IUD. Dalam sesetengah kes, bahan ini ada kemungkinan boleh menyebabkan jangkitan kuman.
  7. Paling serius, jika ada kesan darah ketika buang air kecil.

Apapun, jangan ambil tindakan sendiri jika keputihan bertukar menjadi serius.

Temuilah doktor perubatan wanita untuk diagnosis dan rawatan sewajarnya. Dapatkan rawatan sebelum terlambat.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *