tingkatkan kesuburan wanita

6 Tips untuk tingkatkan kesuburan wanita

Tanda kesuburan wanita merujuk kepada kemampuan seorang wanita untuk mengandung dan melahirkan anak secara semulajadi. 

Ia berkaitan dengan kesihatan dan keadaan sistem reproduktif wanita itu sendiri, termasuklah sistem ovulasi dalam keadaan berfungsi secara baik.

kesuburan wanita

Semua kesediaan fizikal seorang wanita normal ini mampu menghasilkan embrio untuk proses kelahiran. 

Apakah embrio? Embrio merujuk kepada entiti hidup yang terbentuk dalam perkembangan awal janin sama ada haiwan atau manusia. 

Ia bermula selepas pertemuan di antara sel sperma dan sel telur yang disebut sebagai fertilisasi.

Apakah sebenarnya kesuburan wanita?

Seperti dinyatakan di atas, proses mengandung dan melahirkan anak banyak bergantung kepada tahap kesuburan seseorang wanita selain pasangannya sendiri. 

Seseorang wanita dianggap subur ketika mereka berada pada rawak usia reproduktif.

Rawak usia ini lazimnya bermula pada tahap remaja dan berakhir pada awal 50-an. 

Tanda kesuburan wanita pula banyak berkaitan pelbagai faktor lain, termasuklah kehamilan terdahulu dan beberapa faktor. 

mengandung

Ini diperincikan di bawah.

Dari sudut lain, sudah tentu waktu kesuburan seseorang wanita sangat penting untuk kebahagiaan sebuah keluarga. 

Justeru, sangat penting seseorang wanita menjaga kesihatan dan keseimbangan fizikal bagi memastikan fungsi sistem reproduktif mereka sentiasa bersedia untuk hamil dan melahirkan anak.

Mari kita lanjutkan hal ini.

Mengapa wanita menjadi subur?

Pertanyaan ini mungkin tidak begitu diperhatikan oleh mana-mana pasangan yang memang tidak pernah menghadapi sebarang masalah dalam soal kehamilan dan melahirkan zuriat.

Namun, bagi pasangan yang ada masalah kesuburan dan perlu rawatan kesuburan.

kesukaran untuk hamil, persoalan mengapa wanita menjadi subur sangat penting dan perlu diberi perhatian.

Sebenarnya, kesuburan wanita dipengaruhi pelbagai faktor:

  • faktor fizikal
  • kesihatan
  • genetik
  • gaya hidup
  • diet
  • riadah
  • pengurusan stres.

Manakala wanita yang mengalami masalah kesihatan seperti fibroid atau kegagalan fungsi ovari atau rahim, mungkin tidak subur atau lebih sukar untuk mengandung.

Masalah kesihatan seperti ini tentulah memerlukan rawatan khusus bagi membolehkan seseorang wanita menjadi subur dan mampu hamil.

Banyak lagi faktor lain yang boleh menyebabkan seseorang wanita menjadi subur.

Hanya doktor boleh cek kesuburan dan sahkan sama ada kita subur ataupun tidak.

Berikut sebahagian daripada faktor kesuburan.

1. Keseimbangan hormon 

Keseimbangan hormon adalah sangat penting dalam menentukan waktu kesuburan wanita.

hormon

Ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan ovulasi dan masalah dalam proses menanam telur yang disenyawakan di dalam sistem reproduksi wanita.

2. Kesihatan rahim 

Rahim yang sihat lazimnya memudahkan proses implantasi untuk embrio dan pertumbuhan janin yang sihat.

Ini kerana satu daripada fungsi utama rahim ialah untuk memelihara dan melindungi ovum atau telur setelah melalui proses persenyawaan.

Apabila ovum tertanam kejap, ia akan menerima nutrisi dari salur darah yang berselirat di sekeliling rahim yang membantu pertumbuhan janin.

3. Kitaran haid yang normal 

Wanita yang subur lazimnya mempunyai kitaran haid secara teratur serta normal.

Ini kerana kitaran haid secara teratur adalah indikasi bahawa fungsi ovari serta hormon wanita juga berfungsi secara normal.

Jadinya masalah sakit senggugut dapat dikurangkan dengan memastikan kitaran darah haid kembali teratur.

Jika haid melebihi kitaran yang normal.

Ini boleh menjadi petunjuk bahawa mesti ada punca haid berpanjangan.

4. Kesuburan Ovari

Kesuburan wanita juga sangat bergantung kepada ovulasi yang normal. 

Ovulasi ialah proses yang berlaku dalam kitaran haid.

Proses ovulasi berlaku apabila telur matang pecah dan terlepas ke rahim untuk proses persenyawaan.

Ini bermaksud ovulasi yang teratur dan berfungsi secara normal mampu menyumbang kepada pembentukan telur yang sihat untuk persenyawaan.

5. Gaya hidup sihat

Gaya hidup sihat juga penting dalam menentukan kesuburan seseorang wanita.  

Dengan gaya hidup yang betul, keseimbangan hormon dapat dikekalkan yang sekali gus meningkatkan kesihatan rahim serta meningkatkan kesuburan.

Mengapa wanita tidak subur?

Ada beberapa faktor juga yang menyebabkan seorang wanita menjadi tidak subur.

Di bawah ialah sebahagian daripadanya.

1. Pertambahan usia

Lazimnya seseorang wanita, apabila telah mencapai tahap menopause pada usia usia 50-an, tidak lagi mampu menghasilkan telur.

Ini bermakna golongan usia begini tidak lagi boleh hamil.

Dan, beberapa tahun sebelum menopause, wanita mungkin mengalami masalah kesuburan disebabkan bilangan sel telur semakin berkurangan. 

Walaupun tiada data tetap mengenai tahap usia seseorang  wanita mula semakin tidak subur.

Kebanyakan profesional perubatan menyatakan peluang untuk hamil akan mula berkurangan apabila usia melebihi 35 tahun.

2. Faktor keturunan

Faktor genetik atau keturunan juga mempengaruhi tahap kesuburan seseorang wanita. 

Ia juga menentukan berapa banyak telur untuk proses persenyawaan mampu dikeluarkan.

Dan, faktor genetik juga mempunyai peranan dalam menentukan pada usia berapa seseorang mencapai tahap menopause.

3. Kegemukan atau obesiti

Ini juga memainkan peranan dalam menentukan tahap kesuburan seseorang wanita.

Kegemukan atau obesiti boleh merencatkan penghasilan hormon dan menyebabkan kehamilan sukar berlaku. 

Fakta kesihatan menunjukkan semakin berat badan seseorang wanita, semakin rendah fungsi ovarinya.

Lebih buruk ialah wanita berusia 18 tahun ke atas yang obes melampau mungkin akan menghidapi sindrom ovari polikistik (PCOS) yang boleh menyukarkan kehamilan.

4. Terlalu kurus 

Selain gemuk, sebaliknya terlalu kurus juga tidak bagus untuk kesuburasn kerana ia akan menjejaskan hormon. 

Badan terlalu kurus lazimnya mengalami kekurangan hormon leptin, iaitu sejenis hormon yang mengawal lapar dan kenyang. 

Ironinya, hormon ini turut mempengaruhi tempoh haid seseorang

5. Tiroid

Kesuburan juga boleh terganggu disebabkan tiroid. Masalah kesihatan ini boleh menjejaskan proses ovulasi dan kehamilan.

Justeru, jika anda sukar hamil, ada baiknya membuat pemeriksaan kesihatan bagi mengenal pasti kemungkinan tiroid.

6. Bahan kimia

Seseorang wanita yang kerap terdedah kepada bahan berisko seperti bahan kimia dan racun perosak juga menghadapi risiko menjadi tidak subur.

Sesetengah bahan kimia berkenaan mungkin wujud di dalam produk kecantikan atau pembersih dalam rumah.

Tanpa disedari, bahan-bahan seperti itu mampu mendatangkan impak tertentu dan menjejaskan tahap hormon dalam badan seseorang wanita.

7. Merokok dan kafien

Merokok juga boleh menjadi faktor yang mengganggu kesuburan dan mengurangkan peluang kehamilan. 

Kebiasaan merokok memang diketahui boleh mengganggu hormon bukan sahaja pada wanita, malah lelaki.

Pengambilan minuman berkafein seperti kopi pada kadar tertentu juga dikatakan boleh mengancam tahap kesuburan wanita.

8. Alkohol

Fakta perubatan menunjukkan wanita yang melazimi minum alkohol turut cenderung menghadapi masalah sukar hamil. 

Dalam sesetengah kes alkohol mungkin tidak mengganggu kehamilan.

Namun bahan itu sendiri mungkin menjejaskan bayi dalam kandungan.

9. Senaman berat

Bersenam atau beriadah itu bagus untuk kesihatan.

Namun ada kajian menunjukkan bersenam secara kerap dan berat boleh memberi kesan negatif terhadap proses ovulasi. 

Malah, senaman berat dan terlalu kerap juga boleh menyebabkan berlaku gangguan pada kitaran haid dan menjadikan kuantiti haid sama ada terlalu banyak atau terlalu sedikit.

Bagaimana atasi wanita tidak subur?

Ketidaksuburan di kalangan wanita boleh menjadi rumit dan memburuk sehingga membawa masalah rumahtangga.

Justeru, ia memerlukan langkah penyelesaian secara berterusan dan berkesan. 

Pun begitu, wanita tidak perlu terlalu gusar kerana ada cara tertentu mengatasi masalah ini. 

Berikut sebahagian daripada langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah kesuburan di kalangan wanita.

Mudah-mudahan kaedah di bawah dapat membantu sedikit sebanyak wanita untuk mencapai kehamilan.

1. Nasihat doktor perubatan

Pertama-tama dan yang penting ialah kenal pasti dahulu apa punca ketidaksuburan.

Pakar kesihatan lazimnya akan dapat membuat diagnosis untuk mengenal pasti secara tepat punca ketidaksuburan.

2. Ubah suai gaya hidup (life style)

Langkah mengubah suai gaya hidup (life style) boleh membantu dalam mengatasi masalah ketidaksuburan wanita.

Maksud gaya hidup yang berkaitan dengan masalah ketidaksuburan antaranya ialah kelaziman merokok dan minum alkohol.

Sebaliknya, peningkatan aktiviti fizikal atau riadah secara berkala diyakini mampu membantu keseimbangan hormon dalam tubuh, sekali gus menjadikan seseorang wanita lebih subur.

3. Rawatan ubatan

Rawatan menggunakan ubatan tertentu mungkin juga membantu bagi sesetengah wanita mengatasi masalah kesuburan .

Antaranya dengan mengambil ubat menggalakkan kesuburan atau mengambil ubat bagi merawat penyakit berkaitan ketidaksuburan atau masalah hormon.

Bagaimanapun, sangat penting dapatkan nasihat doktor perubatan terlebih dahulu sebelum mengambil apa juga jenis ubatan.

4. Teknik reproduksi bantu

Dalam dunia perubatan sekarang, ada beberapa teknik untuk meningkatkan reproduksi wanita.

Antaranya ialah teknik inseminasi intrauterin (IUI) dan teknik penapisan embrio (PGD).

Teknik-teknik reproduksi ini dipercayai mampu meningkatkan kebarangkalian kehamilan bagi wanita yang ada masalah ketidaksuburan.

5. Pembedahan

Pembedahan. Ini juga satu pilihan yang ada.

Antaranya ialah pembedahan membetulkan kedudukan rahim atau ovarium atau membuang ketumbuhan tertentu.

Bagaimanapun tidak semua kes ketidaksuburan wanita perlu atau sesuai menggunakan kaedah ini.

Apa yang sangat penting ialah anda mesti dapatkan nasihat doktor perubatan terlebih dahulu.

6. Rawatan tradisional dan alami

Rawatan secara tradsional dan alami juga boleh diikhtiarkan.

Ia termasuklah menggunakan perubatan herba dan rawatan alternatif yang lain.

Antara herba yang dipercayai dapat meningkatkan tahap kesuburan wanita ialah Pegaga, Kacip Fatimah, Akar Serapat dan Selasih.

Bahan ini bukan sahaja boleh bantu naikkan kesuburan wanita malah dapat mengurangkan masalah keputihan.

Dan, sekali lagi diingatkan supaya setiap wanita mendapatkan nasihat dan pandangan pakar perubatan terlebih dahulu.

Paling penting perlunya cek kesuburan sebelum mengambil sebarang herba atau melakukan kaedah tradisional untuk mengatasi masalah ketidaksuburan.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *