masalah sengugut

Masalah senggugut: Apa yang anda patut tahu

Apakah senggugut

Senggugut atau period pain atau istilah Inggeris disebut sebagai “dysmenorrhoea” ialah antara masalah kesihatan lazim yang dialami sebahagian wanita.

Masalah senggugut ini bukan sahaja berkait dan memberi impak kepada kesihatan fizikal, malah sudut psikologi dan emosi juga.

Sebagaimana lazim yang umum tahu masalah ini berkait dengan kitaran haid tak teratur seseorang wanita. 

masalah senggugut

Ia bukan masalah kesihatan yang terlalu serius dan kronik.

Namun ada kesan tertentu jika masalah ini kerap berulang dalam jangka panjang, termasuklah menjejaskan peluang kehamilan.

Teruskan pembacaan kerana lebih banyak info bermanfaat kami kongsikan.

Siapa lazimnya alami masalah senggugut?

Mari kita tinjau fakta menarik tentang masalah senggugut.

Dengan angka, kita akan menjadi lebih faham apa itu senggugut. 

ramai perempuan

Fakta perubatan menunjukkan kira-kira 80 peratus wanita yang mempunyai kemampuan mengandung atau mencecah usia “child-bearing age” mempunyai sedikit sebanyak simptom “premenstrual syndrome (PMS)” ini.

Simpton prahaid yang antaranya dalam bentuk senggugut ini, boleh berlaku secara tetap atau secara tidak tetap.

Ia lazimnya berlaku dua minggu sebelum haid.

pms

Dalam disiplin ilmu perubatan, masalah senggugut serius ini dikenali sebagai “premenstrual dysphoric disorder” atau PMDD.

Biasanya gejala senggugut ini hilang sebelum atau selepas aliran haid bermula.

Bagaimanapun, bagi sesetengah wanita, gejala senggugut ini berlaku pada tahap serius sehingga boleh menjejaskan sebahagian aktiviti kehidupan seharian.

Mari fahami lagi apa itu senggugut

Senggugut membabitkan kesakitan pada bahagian bawah perut atau pelvis ketika seseorang wanita hampir datang haid atau ketika datang haid.

sakit senggugut

Pelvis merujuk kepada posisi rahim, ovari (kilang telur) dan saluran fallopio serta pundi kencing.

Fakta kesihatan menunjukkan ada dua jenis senggugut, iaitu Senggugut Primer dan Senggugut Sekunder.

Senggugut Primer

Senggugut Primer dikatakan dialami hampir kebanyakan wanita remaja, tetapi tanpa tanda kesakitan pada bahagian pelvis dan rahim.

perempuan kumpul beramai ramai

Senggugut Primer ini lazimnya berlaku selepas enam sehingga 12 bulan bermulanya tahap akil baligh seseorang wanita remaja. 

Pun begitu, masalah Senggugut Primer ini boleh juga berlaku pada mana-mana wanita yang masih subur atau mampu melahirkan anak.

Senggugut Sekunder

Senggugut Sekunder pula membabtkan kesan kesakitan pada bahagian pelvis serta rahim. 

Ini biasanya berlaku pada sesetengah kalangan wanita dewasa atau menjangkau usia tua, tetapi masih subur.

perempuan tua

Tanda Senggugut

Senggugut ada tanda atau simpton yang mudah dikenali.

Tanda atau gejala berkenaan boleh diperhatikan lazimnya sebelum seseorang wanita datang bulan atau mengalami haid.

Masalah kesihatan lazim ini ada banyak tanda.

sakit period

Malah fakta perubatan merekodkan ada lebih 200 tanda berbeza bagi masalah kesihatan membabitkan haid wanita ini.

Apa yang pasti, gejala-gejala dan semua tanda berkenaan boleh memberi impak ketara terhadap emosi wanita, termasuklah seseorang akan jadi sangat sensitif dan stres, malah kemurungan (dysphoria)

Kesan ketara ini berbeza-beza bagi setiap wanita yang mengalaminya.

Ia bergantung pada tahap kesakitan senggugut dan tahap ketahanan mental seseorang wanita.

period tak berdarah

Haid datang tapi tak berdarah

Antara tanda lazim masalah senggugut ialah kedatangan haid tidak bermula dengan pendarahan. 

Sebaliknya, ia bermula dengan rasa sakit serta rasa tidak selesa di bahagian abdomen, rasa kembung perut, sakit kepala dan lenguh serta sakit belakang dan tengah pinggang.

Malah ada juga yang alami masalah warna keputihan yang teruk.

Tanda-tanda senggugut juga dapat diperhati daripada beberapa simpton lain, iaitu

  • kejang perut
  • Payudara bengkak
  • Stres dan bimbang tanpa sebab khusus
  • Sukar tidur atau mengalami insomnia
  • sakit sendi atau otot
  • letih-lesu
  • masalah jerawat
  • mood tidak stabil
  • masalah kulit
  • gangguan pernafasan
  • masalah mata.

Bagi sesetengah wanita, serangan senggugut “boleh diterima seadanya”.

Namun bagi kes tertentu, serangan senggugut menyebabkan ketidakselesaan yang ketara ehingga menjejaskan kehidupan seharian atau rutin pekerjaan seseorang.

perempuan stress

Dalam kes tertentu, senggugut menyebabkan seseorang wanita mengalami kesakitan terlalu kuat hingga mengganggu aktiviti seharian.

Malah ada yang terpaksa berbaring sepanjang hari.

Pengecutan rahim

Mereka yang mengalami sengggut merasai kesakitan disebabkan pengeluaran hormon dalam kuantiti banyak.

Ini menyebabkan berlaku pengecutan rahim secara ketara dan berlebihan.

Pengecutan rahim itu menghasilkan kesakitan bukan saja pada bahagian bawah perut, malah hingga bahagian belakang pinggang.

rahim kecut

Perlu diketahui bahawa senggugut, jika sakit terlalu kuat, boleh menyebabkan  masalah kesihatan lain yang lebih serius seperti fibroid, jangkitan kuman dan endometriosis.

Semua atau mana-mana simpton di atas lazimnya bermula beberapa hari sebelum atau selepas kedatangan haid.

Dan, kesakitan dan ketidakselesaan itu akan hilang dalam tempoh beberapa hari kemudian. 

Bagaimanapun, senggugut lazimnya tidak mendatangkan mudarat besar kepada kesihatan seseorang, kecuali jika ia berulang terlalu kerap sepanjang tempoh usia.

Aspek mudarat senggugut ini akan diperincikan di dalam bahagian lain di bawah, iaitu membabitkan kesannya terhadap kebolehan hamil. 

Mengapa seseorang diserang senggugut

Ada beberapa sebab mengapa seseorang wanita diserang senggugut.

Senarai di bawah ialah antara punca seseorang wanita mengalami senggugut.

1. Faktor fisiologi tidak normal

Faktor ini berkait dengan bekalan darah pada otot rahim.

Kekurangan darah secara berterusan akan menyebabkan otot-otot rahim menjadi mati.

Ini juga berkait dengan gumpalan darah haid.

Ia menyebabkan darah susah dikeluarkan sehingga menghasilkan rasa sakit.

Faktor ini turut membabitkan masalah ketidakseimbangan hormon.

Ini bermaksud hormon progesterone yang berlebihan akan menyebabkan dinding rahim menjadi tebal.

Keadaan itu menyukarkan darah haid untuk dikeluarkan.

2. Struktur rahim tidak normal

Struktur rahim tidak normal akan memberi halangan pada serviks.

Ini berkait dengan keadaan otot rahim yang tidak sihat sehingga menyebabkan darah haid tidak dapat dikeluarkan secara elok.

Keadaan ini menyebabkan darah terkumpul  di dalam rahim lalu menghasilkan rasa sakit yang kita sebut sebagai senggugut.

3. Faktor umum

Apa yang dimaksudkan dengan faktor umum ini antaranya termasuklah faktor gangguan psikologi.

Faktor umum yang lain, termasuklah tabiat suka merokok di kalangan sesetengah wanita. 

Merokok dipercayai menjadi punca penghasilan prostaglandin di dalam rahim yang menyebabkan kesakitan.

Seperti disebut di atas tadi,

Bagaimana Merawat Senggugut

Ini antara aspek penting dan menarik untuk terus dibaca dan diketahui.

Ada pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk merawat senggugut.

Ia termasuklah secara alami atau menggunakan herba atau mengambil ubatan dari klinik.

1. Rawatan alami dan herba

Antara kaedah alami dan herba yang boleh digunakan ialah :

  • menuap haba dari botol berisi air suam atau pek panas pada bahagian bawah perut
  • mandi air suam
  • minum teh halia
  • melakukan urutan.

2. Rawatan ubatan klinik

Menerusi kaedah ubatan klinik, antara yang biasa diamalkan ialah mengambil ubat tahan sakit.

Ini termasuklah ubat mengandungi Paracetamol.

Apapun, paling penting ialah seseorang yang mengalami masalah senggugut untuk tempoh lama dan terlalu kerap adalah perlu berjumpa doktor perubatan untuk pemeriksaan lanjut serta menentukan jenis rawatan sesuai.

Senggugut FAQ

mari kita tinjau sedikit pengetahuan mengenai apa kaitan senggugut dengan kehamilan.

Penting diketahui bahawa senggugut boleh melambatkan berlaku kehamilan, malah boleh menyebabkan kemandulan.

Senggugut secara berlebihan dan kerap setiap kali datang haid mungkin ada kaitan dengan masalah kesihatan lain pada sistem peranakan atau sistem reproduksi seseorang wanita. 

Justeru, ada baiknya untuk wanita yang mengalami senggugut secara kerap untuk berjumpa doktor pakar.

Kesimpulan

Masalah sakit senggugut ini berkait rapat juga dengan kitaran haid wanita.

Boleh jadi ada perempuan yang akan kerap mengalami masalah sakit senggugut setiap kali period.

Namun, sebaiknya berjumpalah dengan doktor.

Bagi mendapatkan rawatan lanjut dan bersesuaian dengan jenis sakit yang kita hadapi.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *