period tak teratur
|

7 Panduan terbaik period tak teratur atau kitaran haid

Apakah yang anda faham mengenai haid tak teratur?

Period tak teratur dalam bahasa harian, sesetengah kita sebut masalah ini sebagai “haid tak teratur”.

Dalam bahasa mudah faham ia merujuk kepada masalah kitaran haid wanita secara tidak teratur atau pada skala tidak tetap masa serta tidak tetap kuantiti.

Kuantiti merujuk kepada kandungan darah haid pada satu-satu masa.

Kadang-kadang ia banyak, kadang-kadang ia sedikit.

period tak teratur

Ada juga yang mengalami masalah period seperti senggugut yang teruk. Perkara ini pastinya akan mengganggu kehidupan seharian.

Mari kita perincikan masalah ini.

Period tak teratur: Setiap orang berbeza

Kitaran haid normal mengambil kira tempoh lazim tertentu.

Kitaran haid dianggap normal jika haid berlaku selama dua hari hingga tujuh hari. 

Jarak normal untuk haid seterusnya lazimnya selepas 21 hari hingga 35 hari.

Jika haid berlaku semula selepas beberapa bulan atau hanya berlaku dua kali sebulan, ia dianggap haid tidak teratur.

period tak teratur

Bagaimanapun, satu fakta kesihatan yang perlu diketahui ialah setiap wanita berbeza-beza dari segi gejala period atau haid ini. 

Sama juga seperti pms. Yang mana sindrom pramenstruasi  tidak dialami oleh semua wanita.

Setiap individu lazimnya tahu corak, pola dan kuantiti haid yang “normal” dan “tidak normal” berdasarkan diri sendiri, bukan berdasarkan pengalaman orang lain.

Untuk tahu pasti pola ini, anda perlu catat tarikh datang haid dan tarikh ia berhenti. 

Ya, tidak semua wanita lazimnya mengalami kitaran haid tepat tarikh sepanjang masa. Sesetengah wanita datang haid tepat tarikh, manakala sesetengah lain sukar diramal.

haid tidak teratur

Dalam hal ini, data kesihatan sedia ada menunjukkan kira-kira 30 peratus wanita mengalami period tak teratur sepanjang tempoh reproduktif masing-masing. 

Satu lagi fakta kesihatan yang perlu diketahui ialah sementara kebanyakan kes kitaran haid tidak teratur tidak mendatangkan masalah kesihatan lain.

gejala ini jika kerap berlaku perlu juga diberi perhatian.

Ini kerana dibimbangi ada kaitan dengan masalah kesihatan lain.

Teruskan pembacaan untuk tahu lebih terperinci.

PERIOD KEMBALI TERATUR

Mengapa period tidak teratur?

Ada beberapa faktor menyebabkan kitaran period tak teratur. Di bawah ialah sebahagian daripadanya.

1. Stres (tekanan)

Stres yang pelbagai dalam kehidupan seharian juga menyumbang kepada berlakunya kitaran haid tidak teratur.

gambar artikel 2

Mungkin sebahagian kita tidak perasan atau tidak tahu bahawa stres dalam  kehidupan seharian seperti bebanan kerja di pejabat atau masalah rumahtangga itu sendiri boleh menyebabkan hormon bercelaru.

Fakta kesihatan menunjukkan ini boleh menyebabkan seseorang wanita mengalami kitaran haid tidak teratur.

2. Mengandung

Tempoh mengandung juga dikenal pasti antara punca kitaran haid tidak teratur. 

Dalam tempoh mengandung, gangguan pada sistem tubuh wanita mungkin berlaku. 

mengandung

Ini menyebabkan sesetengah wanita menghadapi masalah haid terhenti apabila mereka mengandung, malah ada yang mengalami pendarahan.

3. Pendarahan ketika bersalin

Walaupun ini jarang berlaku, kehilangan darah dalam kuantiti terlalu banyak ketika bersalin boleh menyebabkan fizikal seseorang ibu mengalami kekurangan oksigen secara ketara.

pendarahan

Ini akan merosakkan kelenjar pituitari. Ia dipanggil juga sebagai sindrom Sheehan.

Gejala berkenaan memberi kesan kepada kitaran haid seseorang.

Dan, apabila ini berlaku, seorang wanita mungkin perlu menjalani terapi penggantian hormon. 

4. Berat badan

Sama ada seseorang wanita itu mengalami pertambahan atau pengurangan berat badan secara ketara, ia memberi kesan terhadap kitaran haid seseorang.

Ini menjadikan sama ada kauntiti haid semakin banyak atau semakin sedikit atau kekerapan datang haid semakin kurang.

berat badan

Ada kemungkinan peningkatan berat badan boleh menyebabkan sesetengah wanita mengalami haid berpanjangan.

Namun, pada kadar kuantiti haid yang sedikit disebabkan perubahan hormon yang ada kaitan dengan kenaikan berat badan. 

5. Tiroid 

Kelenjar tiroid di leher berfungsi melepaskan hormon yang mengawal pelbagai fungsi badan.

gambar artikel 6

Ini termasuklah suhu badan dan aktiviti pencernaan.

Tiroid ini, jika berfungsi pada skala terlalu aktif yang dikenali sebagai hipertiroidisme, boleh mengganggu kitaran haid seseorang.

Antaranya menyebabkan kuantiti darah haid menjadi sedikit atau tiada haid langsung. 

6. Perancang kehamilan

Satu lagi punca kitaran haid tidak teratur ialah pengambilan pil atau amalan perancang kehamilan.

Sesetengah bahan berkenaan dilaporkan boleh menyebabkan kuantiti darah haid menjadi sedikit.

perancang kehamilan

Justeru, sepanjang tempoh pengambilan pil perancangan kehamilan atau apa juga amalan perancang kehamilan, anda sepatutnya turut memantau kitaran dan kuantiti haid.

7. Ovarium polikistik

Sindrom dikenali sebagai ovarium polikistik ini membabitkan aktiviti ovari yang menghasilkan jumlah androgens pada kadar lebih banyak berbanding kadar biasa.

Sesetengah wanita yang menghidap sindrom ini lazimnya mempunyai kantung berisi cecair atau cyst di dalam ovari. 

gambar artikel 8

Ini menyebabkan berlaku perubahan hormon yang juga darah haid menjadi lebih sedikit berbanding biasa atau haid tak menentu atau haid tidak berlaku langsung. 

Ada pelbagai punca lain yang menyebabkan berlaku kitaran haid tidak teratur atau tidak stabil.

Antaranya ialah penyusuan bayi, senaman pada skala berlebihan, pengambilan ubatan atau bahan makanan dan rawatan perubatan tertentu.

Haid tidak menentu boleh juga disebabkan masalah kesihatan tertentu seperti diabetes tidak terkawal, radang pelvis, kanser atau ketumbuhan, pendarahan dan beberapa yang lain.

Bagaimana mengatasi masalah haid tidak teratur?

Masalah haid tidak teratur boleh diatasi menerusi beberapa kaedah, termasuklah secara alami atau tradisional dan secara perubatan moden.

rawatan period

Atasi period tak teratur guna kaedah tradisional atau alami

Sebenarnya masalah haid tidak teratur juga berkait dengan  amalan pemakanan (diet). 

Justeru, amalkan pemakanan secara sihat agar badan memperolehi keseimbangan di antara vitamin, karbohidrat, protein dan lemak.

Dengan itu, badan mampu berfungsi secara normal, termasuklah bagi mengelak kitaran haid tidak teratur.

ikan salmon

Antaranya dengan mengambil makanan berkhasiat seperti betik, bijan, gula sawit, jintan, peria, Salmon dan makanan mengandungi Omega 3.

Makanan semulajadi lain termasuklah brokoli, susu soya, cuka epal dan asam.  

Ramai yang tahu sebenarnya faraj berbau dipengaruhi oleh faktor pemakanan setiap hari.

Selain itu, sangat penting untuk anda menjaga rutin dan kualiti tidur serta melakukan senaman fizikal secara berkala.

PERIOD KEMBALI TERATUR

Kaedah moden 

Masalah haid tidak teratur juga lazimnya dapat diatasi menggunakan ubatan moden. 

Untuk itu, anda perlu berjumpa doktor bagi melakukan pemeriksaan.

Doktor mungkin akan mengesyorkan beberapa pilihan ubat bagi mengatasi masalah period tak teratur ini.

Dan, apa yang paling penting ialah anda tidak patut segan atau takut berjumpa doktor jika mendapati ada unsur tidak normal dalam skala kitaran haid bagi tempoh tertentu.

Kitaran Haid atau Period Tak Teratur FAQ

mari kita tinjau sedikit pengetahuan mengenai apa kaitan senggugut dengan kehamilan.

Penting diketahui bahawa senggugut boleh melambatkan berlaku kehamilan, malah boleh menyebabkan kemandulan.

Senggugut secara berlebihan dan kerap setiap kali datang haid mungkin ada kaitan dengan masalah kesihatan lain pada sistem peranakan atau sistem reproduksi seseorang wanita. 

Justeru, ada baiknya untuk wanita yang mengalami senggugut secara kerap untuk berjumpa doktor pakar.

Kesimpulan

Sebaiknya wanita kena perhatikan kitaran haid setiap bulan.

Bukan apa risau juga jika bila terlalu lama period tak teratur ini boleh menjadi petanda kurang baik.

Sama ada kita ada masalah dalaman yang bahaya. Kena periksa segera dengan berjumpa doktor untuk bantuan.

Jangan tunggu dah sampai tanda menopause baru kita nak buat rawatan.


Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *