3 Tanda menopause wanita

3 Tanda menopause: Ini info penting anda patut tahu

Tanda Menopause biasanya ada tanda atau simpton khusus. Tulisan ini akan memperincikan tanda-tanda atau simpton berkenaan.

Sebelum itu, kita amati dahulu info umum menopause.

Info umum menopause ini penting untuk lebih memahami menopause secara keseluruhan.

Teruskan pembacaan.

tanda menopause

Apakah menopause?

Menopause berasal dari perkataan Greek bermaksud “pemberhentian haid”.

Secara mudah faham, ia proses perubahan semulajadi di dalam tubuh berkaitan perubahan keseimbangan hormon seksual.

Seseorang wanita dikatakan mengalami menopause apabila dia tidak datang haid selama 12 bulan berturut-turut.

Apabila berada pada tahap menopause, estrogen di dalam tubuh berkurangan menyebabkan ovari tidak lagi menghasilkan telur pada setiap bulan.

estrogen

Estrogen ialah hormon seks wanita yang antara fungsinya ialah mengawal kitaran haid. 

Biasanya pada usia berapakah seseorang wanita mengalami menopause? 

Data kesihatan menunjukkan rata-rata menopause berlaku pada wanita berusia di antara 45 tahun dan 55 tahun. 

Dan, secara purata, menopause berlaku pada ramai wanita berusia 52 tahun.

Teruskan pembacaan kerana semua info berikutnya sangat berguna untuk anda dan keluarga.

Apakah tanda-tanda menopause?

Apakah tanda-tanda atau simpton apabila seseorang wanita mula mengalami menopause?

Ini adalah pokok utama kepada tulisan ini.

Jom baca lagi.

menopause tanda

Sebenarnya setiap wanita mengalami tanda menopause berbeza.

Tanda-tanda itu kadang-kadang ditanggapi dan difahami sebagai masalah kesihatan lazim sedangkan ia berkaitan menopause. 

Untuk mengelak kekeliruan, maklumat tepat mengenai tanda-tanda menopause sangat penting diketahui wanita serta anggota keluarga terdekat.

Kita bahagikan tanda-tanda atau simpton berkenaan kepada beberapa bahagian utama seperti berikut.

Tanda awal menopause

Tanda-tanda menopause sebenarnya sudah wujud sejak perimenopause, iaitu beberapa tahun sepanjang tempoh peralihan sebelum menopause. 

Pada peringkat ini, pengeluaran hormon estrogen oleh ovari beransur-ansur berkurangan.

Tempohnya secara purata ialah empat tahun, tetapi ia mungkin lebih lama atau lebih pendek.

masa pendek

Tanda jangka pendek menopause

Berikut ialah antara tanda jangka pandek yang lazim dialami kebanyakan wanita sebelum menopause.

1. Haid tidak teratur 

Antara yang dapat dirasai secara jelas ialah perubahan pada kitaran haid. Biasanya kitaran kekerapan haid semakin tidak tetap.

Ini antara petanda utama yang memberi isyarat bahawa seseorang wanita sedang dalam menuju tahap menopause.

kitaran haid tidak teratur

Maksud kitaran haid tidak menentu pada tahap ini ialah haid menjadi sama ada semakin kerap atau semakin jarang.

Manakala tempoh datangnya haid pula mungkin lebih lama atau lebih pendek berbanding kelaziman.

Kandungan haid juga tidak menentu sama ada semakin banyak atau semakin kurang.

Pada tahap ini seseorang wanita tidak dapat meramalkan secara tepat bila waktu haid akan datang dan berapa lama ia datang.

Pada tahap ini juga, peluang seseorang wanita untuk hamil sangat tipis. Namun, selagi haid berlaku, kehamilan masih mungkin terjadi.

2. Masalah saluran kencing 

Satu daripada gejala putus hadi atau menopause ialah masalah pada saluran kencing.

Masalah ini dalam bentuk kencing lawas, sukar menahan kencing, kencing kerap serta sakit dan tidak selesa ketika membuang air kecil. 

masalah saluran kencing

Masalah ini disebabkan tisu dalam faraj dan saluran kencing semakin menipis serta hilang keanjalan. 

Lebih berisiko ialah kerana pengurangan paras estrogen dalam badan ketika fasa sebelum menopause menyebabkan seseorang wanita terdedah kepada jangkitan, termasuklah jangkitan saluran kencing.

3. Emosi seks berubah

Dari segi seks, biasanya apabila memasuki fasa menopause, sesetengah wanita lebih mudah terangsang dan lebih gemar melakukan hubungan intim.

Ini kerana mereka tidak lagi dibebani kebimbangan kemungkinan berlaku kehamilan.

Bagaimanapun, ada juga wanita, apabila memasuki fasa menopause, mula mendapti naluri seks mereka semakin menurun.

emosi seks berubah

Fakta kesihatan menunjukkan bahawa apabila fasa menopause, kulit sekitar faraj mungkin menjadi kering. Ini boleh menyebabkan hubungan seks menyakitkan serta tidak selesa.

Dalam kes seperti ini, penggunaan pelincir selamat mungkin membantu untuk melangsaikan hubungan intim dengan pasangan.

4. Perubahan emosi 

Perubahan hormon ketika fasa-fasa menopause banyak memberi kesan terhadap mood atau emosi seseorang wanita.

Antaranya termasuklah kemurungan atau kegelisahan tanpa sebab yang jelas. Ia dapat dirasai sebelum menopause dan setelah menopause bermula.

Malah setelah menopause bermula, gangguan mood ini mungkin lebih ketara atau lebih buruk.

5. Gejala panas badan (hot flashes)

Untitled design 8

Hot flashes atau dalam bahasa melayu dia adalah Gejala panas badan ini biasanya menyebabkan seseorang wanita berasa panas atau berpeluh di bahagian atas badan secara tiba-tiba.

Rasa panas badan atau berpeluh itu lazimnya tanpa sebab jelas.

Ini juga mungkin menyebabkan kulit menjadi merah, manakala jantung berdegup lebih laju. 

Dan, yang peliknya, ketika mengalami itu, seseorang wanita mungkin berasa sejuk ringan secara tiba-tiba.

Ia tentu merimaskan atau tidak selesa.

Malah jika panas badan berlaku pada malam, gejala ini mungkin boleh mengganggu tidur.

Pun begitu, setiap individu mungkin mengalami pengalaman berbeza.

Sesetengah wanita mungkin mengalami panas badan dan dingin malam pada tahap yang berbeza berbanding wanita lain.

perempuan berfikir

Sesetengah wanita mungkin mengalaminya sekejap sekejap sahaja, iaitu mungkin satu minit atau lima minit dan merasainya pada tahap ringan sahaja sedangkan wanita lain mungkin mengalaminya untuk tempoh lebih lama atau lebih parah.

Malah, sesetengah wanita mengalami beberapa kali dalam setiap jam, setiap hari atau minggu manakala individu wanita lain mungkin tidak langsung mengalami gejala ini.

Sesetengah wanita mengalami simpton ini mungkin sehingga bertahun-tahun, manakala individu lain tidak mengalaminya.

6. Perubahan fizikal

Menopause juga boleh mendatangkan kesan pada fizikal. 

Antaranya berlaku perubahan pada kulit dan rambut. Pada sesetengah orang, kulit atau rambut menjadi semakin kering atau nipis.

Antara kesan menopause yang lain termasuklah perubahan berat badan, kelesuan, mudah lupa dan sukar fokus dan sukar tidur.

Untitled design 10

Tanda-tanda jangka panjang menopause

Selain tanda jangka pendek dan sederhana, menopause mungkin menghasilkan simpton jangka panjang,

Ini termasuklah gangguan kesihatan seperti

  • osteoporosis (tulang lemah)
  • strok
  • sakit jantung
  • alzheimer dan seumpamanya

Mengapa pengetahuan mengenai menopause penting?

Pengetahuan mengenai menopause sangat penting bagi mengelak kesan ketara apabila seseorang wanita mengalami tahap ini.

Ini kerana data kajian menunjukkan sebahagian besar, iaitu kira-kira 60 peratus wanita negara ini dikesan mengalami ‘derita senyap’ setelah mengalami menopause.

Malah sebahagia besar wanita tidak tahu bahawa menopause ada hubung kait yang sangat rapat dengan masalah kesihatan lain seperti berkaitan cardiovaskular yang membawa kepada sakit jantung serta strok.

Ada yang ingat masalah menopause ini boleh dielakkan dengan hanya sekadar amalkan jamu moden.

Ya, sebahagian wanita memang tidak mengalami tanda tertentu sebelum memasuki tahap menopause. 

Sebahagian yang lain pula mengalami tanda-tanda menopause ketika memasuki tahap awal putus haid, seterusnya berlaku menopause.

Dan, sudah tentu semua pengetahuan berkaitan ini sangat perlu diketahui wanita serta anggota keluarga terdekat bagi mengelak kesan ketara terhadap fizikal dan emosi.

Tanda Menopause FAQ

Menopause tidak berlaku secara sekali gus yang menyebabkan seseorang wanita terus berada pada tahap menopause.

Sebaliknya, menopause berlaku secara bertahap. Ada fasa-fasa tertentu yang akan dialami wanita normal sebelum berada pada tahap menopause.

Berikut ialah tiga tahap sebelum menopause. 

1. Tahap permulaan: Perimenopause

Tahap perimenopause ini bermula beberapa tahun sebelum seseorang wanita mengalami menopause. 

Ia bermula dengan ovari mula menghasilkan estrogen pada kadar sedikit. Ini berlaku secara beransur-ansur sehingga menyebabkan sesetengah wanita tidak langsung memikirkan soal menopause pada tahap ini.

Bagaimanapun pada tahap ini, sebahagian wanita mungkin perasan mereka mengalami perubahan pada tubuh, fungsi organ akibat kelainan tahap hormon dan emosi.

2. Tahap pertengahan: Menopaus 

Ini ialah tahap setelah seseorang wanita mengalami menopause. 

Tahap ini biasanya selepas setahun atau beberapa tahun kitaran haid mula berhenti dan ovari sudah tidak lagi menghasilkan telur. 

Pada tahap ini, estrogen di dalam tubuh semakin berkurangan secara ketara.

3. Tahap selepas menopause: Postmenopause

Tahap ini ialah selepas tempoh menopaus.

Pada tahap ini, lazimnya seseorang wanita mengalami simpton ‘hot flashes’ atau panas badan. 

Pada tahap ini juga kehilangan estrogen pada kadar banyak boleh menyebabkan masalah lain, termasuklah osteoporosis (pengurangan ketumpatan tulang atau kerapuhan tulang).

Justeru, sangat penting untuk wanita sendiri serta suami dan anggota keluarga mempunyai pengetahuan mengenai menopause.

Ini supaya orang lain terdekat juga memahami bahawa wanita yang mengalami menopause mungkin tidak stabil dari segi emosi dan memerlukan bantuan serta kefahaman orang sekeliling.

Wanita yang sudah memasuki fasa menopause juga mungkin perlu mendapatkan bantuan profesional dari doktor atau pakar perubatan.

Menopause adalah proses lazim. Apa yang penting ialah maklumat dan pengetahuan berkaitan. Dengan maklumat dan pengetahuan berkaitan, semua wanita mampu melaluinya bijaksana dan sejahtera.

Kesimpulan

Tanda menopause ini seharusnya diperhatikan oleh wanita sebelum ianya berlaku.

Sebab proses menopause ini boleh dilambatkan dengan beberapa amalan pemakanan yang tertentu.

Kami juga ada kongsikan panduan lengkap untuk masalah sakit senggugut disini.

Para wanita kena buat persediaan yang secukupnya jika anda sudah mula rasa anda sedang mengalami tanda menopause awal.

banner 1024x326 Large

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *