lambatkan menopause

Nak lambatkan Menopause? Ya, ini caranya…

Menopause ialah perubahan semulajadi dalam sistem reproduktif wanita. Ia berlaku lazimnya dalam lingkungan usia wanita di antara 45 tahun dan 55 tahun. 

Menopause terjadi pada tahap ovulasi terakhir, iaitu haid tidak lagi berlaku.

melambatkan menopause

Ini dapat diketahui berdasarkan tanda dan gejala tertentu seperti panas badan (hot flash), kering vagina, sukar tidur, letih, bertambah berat badan dan perubahan emosi.

Bagaimana melambatkan menopause?

Sebagai satu proses semulajadi dalam kehidupan wanita, menopause boleh berlaku pada usia lebih awal atau lebih lewat daripada kelaziman.

Cepat atau lambat menopause banyak bergantung pada faktor genetik, tahap kesihatan serta gaya hidup (lifestyle) seseorang wanita. 

genetik

Fakta kesihatan menunjukkan ada beberapa cara untuk melambatkan menopause, sekali gus menjaga dan mengekalkan kesihatan wanita.

Berikut ialah sebahagian daripada langkah yang boleh diambil untuk melambatkan menopause.

1. Jaga berat badan 

Wanita gemuk atau obes lazimnya memasuki fasa menopause lebih awal. 

berat badan

Ini ada kaitan dengan lemak berlebihan yang menyebabkan ketidakseimbangan hormon. Ketidakseimbangan hormon inilah yang mempercepatkan proses menopause. 

Justeru, menjaga berat badan secara ideal menerusi amalan pemakanan sihat dan seimbang serta riadah secara berkala dapat membantu melambatkan proses menopause.

2. Kurangkan stres 

Satu lagi cara yang boleh diambil untuk melambatkan berlakukan menopause ialah dengan cara menguruskan stres sebaik mungkin.

Pengurusan stres sangat penting dalam melambatkan menopoause. Ini kerana stres yang kronik boleh menyebabkan peningkatan kadar hormon kortisol (cortisol) dalam badan.

Hormon kortisol berfungsi dalam tindakbalas tubuh terhadap apa juga stres. 

stress

Sebenarnya hormon kartisol terhasil secara semulajadi bagi menjadi benteng tubuh dalam mendepani stres.

Bagaimanapun, hormon kortisol ini boleh menyebabkan menopause berlaku awal atau lambat bergantung kepada tahap stres yang dialami seseorang wanita.

In i bermakna, kadar kortisol yang tinggi boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon lalu menyebabkan menopause boleh berlaku lebih awal. 

Justeru, sangat perlu seseorang wanita menguruskan stres sebaik mungkin menerusi pelbagai kaedah, termasuk mengamalkan solat sunat, baca al-Quran, zikir, meditasi dan riadah.

Ini kerana semua aktiviti berkenaan sedikit sebanyak dapat membantu wanita melambatkan proses menopause.

jus erva 1

3. Mengambil makanan yang kaya fitoestrogen

Makanan yang kaya dengan khasiat tertentu seperti kacang, bijirin, biji rami dan soya sangat disyorkan untuk melambatkan menopause. 

Mengambil makanan berkhasiat berkenaan dalam diet harian mampu menyumbangkan kepada kestabilan tahap hormon di dalam tubuh, seterusnya melambatkan proses menopause.

soya

Ini termasuklah makanan mengandungi fitoestrogen?

Apakah makananan mengandungi fitoestrogen? 

Makanan mengandungi fitoestrogen termasuklah kacang soya, biji rami (flexseed), buahan dan sayuran.

Buahan juga banyak mengandung fitoestrogen termasuklah buah ara, delima dan strawberi.

Selain itu, makanan seperti ikan salmon dan udang juga mengandungi fitoestrogen tinggi. 

4. Mengambil suplemen herba. 

Satu lagi cara melambatkan menopause ialah mengamalkan suplemen herba. 

Antara yang biasa disyorkan ialah suplemen herba mengandungi “black cohosh” dan “dong quai”. Kedua-dua bahan herba ini dikatakan mampu mengurangkan gejala menopause. 

black cohosh

Namun, pengambilan suplemen herba sepatutnya hanya menerusi syor dan pengawasan doktor perubatan bagi mengelak kesan sampingan.

Faktanya ialah menopause tidak dapat dielakkan. Namun, melambatkannya dapat diusahakan menerusi cara-cara yang disebutkan di atas tadi.

Apa yang penting ialah bertindak seawal mungkin. Jangan tunggu tahun-tahun terakhir menopause bakal hadir.

Fahami menopause secara umum

Sebelum mengetahui cara melambatkan menopause, mari kita fahami secara umum apa itu menopause.

Lazimnya ketika berlaku menopause, wanita mengalami perubahan pada tahap kandungan hormon di dalam tubuh, terutama penurunan kadar estrogen dan progesteron.

progesteron

Ini menyebabkan beberapa kesan terhadap tahap kesihatan dalam jangka pendek dan jangka panjang. 

Pada peringkat ini juga seseorang wanita lebih berisiko terkena penyakit jantung, kencing manis dan osteoporosis (masalah tulang).

Risiko ini sudah sedia ada walaupun sebelum menopause. Namun, risiko berkenan makin meningkat apabila seseorang wanita mengalami menopause.

Pun begitu, masalah-masalah kesihatan berkenaan tidak semestinya berlaku. 

Ramai wanita mengalami menopause dengan selamat dan sejahtera jika langkah-langkah tertentu diambil untuk mengelak kesan negatif menopause.

Baca seterusnya untuk tahu langkah-langkah berkenaan.

Bagaimana menopause berlaku?

Sebelum itu, fahami dahulu bagaimana menopause berlaku.

Seperti dinyatakan di atas, menopause ialah proses semulajadi  yang berlaku pada semua wanita apabila tiba masanya. 

Walaupun tahap menopause ketika sistem reproduksi wanita tidak lagi mengeluarkan ovum (sel telur) dan tidak lagi mampu hamil lazimnya pada usia di antara 45 tahun dan 55 tahun, ada kes menopause berlaku seawal usia 40-an dan 30-an.

ovum

Bagaimanapun menopuse awal usia ini adalah kes terpencil atau jarang berlaku.

Bagaimana menopause berlaku? Menopause berlaku apabila kelenjar ovarium di dalam rahim mula berhenti mengeluarkan hormon estrogen dan progesteron. 

Ia tidak berhenti secara mendadak, sebaliknya beransur-ansur pada beberapa tahun terakhir seseorang wanita memasuki fasa menopause. 

Hormon-hormon ini penting sebenarnya. Ia penting dalam mengawal kitaran haid wanita.

Justeru, apabila pengeluaran hormon-hormon berkenaan mula berkurangan, berlakulah ketidakseimbangan hormon dalam tubuh seseorang wanita.

Ketidakseimbangan ini mencetuskan pelbagai simptom berbeza bagi setiap wanita yang berbeza.

Namun, simptom lazim ialah haid tidak teratur.

Ketika ini haid berlaku pada jarak masa lebih jarang atau lebih kerap atau kuantiti darah haid mungkin lebih banyak atau lebih sedikit berbanding biasa. 

Dan, agak merimaskan ialah pada fasa ini wanita lazimnya mengalami kekeringan vagina, panas badan (hot flash), masalah tidur atau insomnia serta pengucupan tahap libido. 

Tahap libido ada kaitan dengan mood dan sikap seksual wanita.

osteoporosis

Pada fasa ini juga tahap kesihatan tulang seseorang wanita menjadi lebih berisiko atau kemungkinan menghadapi masalah akibat penurunan estrogen. Ini boleh menyebabkan osteoporosis atau penipisan dan perapuhan tulang.

Biasanya fasa ini akan dikaitkan dengan tahap kesuburan wanita itu sendiri yang semakin sukar untuk hamil.

Elak kesan negatif menopause

Perlu difahami bahawa menopause tidak semestinya satu pengakhiran atau musibah bagi seseorang wanita. 

Ini kerana ada banyak cara, amalan dan rawatan yang dapat membantu wanita mengurangkan kesan sampingan, sekali gus mengekalkan kualiti hidup sihat sepanjang fasa menopause dan selepas menopause. 

Lagi pun, kesan menopause berbeza-beza bagi setiap wanita. Anda tidak semestinya mengalami kesan teruk menopause, malah menerusi amalan dan rawatan tertentu, anda dapat hidup normal tanpa apa-apa kesan negatif menopause.

Berikut ialah sebahagian cara yang dapat diamalkan wanita bagi mengekalkan kualiti hidup sihat walaupun setelah melalui menopause.

1. Perbaiki gaya hidup (life style)

Antaranya, menerusi amalan gaya hidup (life style) yang betul, termasuklah habit  diet seimbang serta riadah secara berkala. 

berbasikal

Malah, sangat penting untuk setiap wanita mengelak pengambilan alkohol dan rokok ketika memasuki fasa menopause, juga selepas berlaku menopause.

2. Buat rawatan hormon

Wanita yang mengalami simptom teruk ketika memasuki fasa menopause dan selepas fasa menopause boleh menjalani rawatan hormon.

terapi hormon

Rawatan hormon diketahui sebagai satu kaedah sesuai yang dapat membantu wanita mengurangkan kesan sampingan menopause.

Bagaimanapun, anda hanya patut melakukan ini dengan nasihat profesional perubatan. 

3. Pemeriksaan kesihatan secara berkala

Bagi menjamin tahap kesihatan baik secara berterusan, sangat penting juga bagi setiap wanita menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala ketika memasuki fasa menopause dan selepas menopause. 

jumpa doktor

Semua pemeriksaan berkenaan dapat membantu mengurangkan sebarang risiko kesihatan selepas fasa menopause. 

jus erva 1

Menopause: Lagi fakta yang anda patut tahu

Ada beberapa pengetahuan lain yang wanita patut tahu selain bagaimana kaedah melambatkan menopause.

Seperti dinyatakan di atas tadi, menopause ialah perubahan semulajadi yang berlaku pada tubuh wanita apabila mereka tidak lagi menghasilkan telur.

Fasa menopause juga ialah fasa yang wanita mula mengalami pengurangan tahap hormon tertentu, terutama estrogen dan progesteron. 

Ada beberapa faktor yang boleh menentukan bila seseorang wanita mula menopause.

Ini termasuklah faktor genetik, faktor kesihatan dan faktor gaya hidup (life style).

Kita akan perincikan di bawah. Teruskan pembacaan.

Beberapa faktor lain seseorang wanita mula menopause termasuklah kelaziman merokok. 

Ada fakta perubatan menunjukkan wanita yang habit merokok pada skala tinggi mengalami menopause lebih awal. 

Fakta kesihatan juga menunjukkan wanita yang tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pada usia lebih tua, lebih lambat mengalami menopause.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *