punca haid berpanjangan
|

4 Punca haid berpanjangan: Ini yang anda patut tahu

Punca haid yang seringkali berlanjutan sehingga masuk 2 minggu.

Kali ini kami akan memperincikan mengenai masalah haid berpanjangan yang dialami sesetengah wanita.

Ini dengan memberi tumpuan kepada faktor haid berpanjangan dan bagaimana mengatasi masalah ini.

punca haid

Haid lazimnya dikenali juga sebagai darah haid, datang bulan, period atau uzur.

Antaranya, pendarahan haid ialah tanda seseorang wanita tidak hamil. 

Malah, haid yang normal juga indikasi wanita berkenaan tidak menghadapi sebarang masalah kesihatan berkaitan sistem reproduksi atau sistem kelahiran.

Ia juga menjadi indikator utama bahawa anda mungkin lambat menopause

Fahami haid secara umum

Haid normal yang berlangsung selama beberapa hari, biasanya tiga hari hingga tujuh hari dianggap normal.

Sepanjang haid, wanita kehilangan darah pada purata 35 mililiter. 

darah haid

Sepanjang haid, sesetengah wanita mengalami kekejangan uterus. Ada wanita mengalami kekejangan tahap teruk dikenali sebagai senggugut (dysmenorrhea). 

Teruskan pembacaan untuk lebih banyak info. 

Apakah maksud haid berpanjangan?

Apakah yang dimaksudkan haid berpanjangan? Mari kita perincikan.

Haid berpanjangan atau dikenal dengan istilah “menorrhagia” ialah istilah perubatan untuk tempoh haid dengan pendarahan luar biasa banyak atau tempoh masa berpanjangan. 

darah haid banyak

Secara mudah faham, haid berpanjangan merujuk kepada keadaan yang seseorang wanita mengalami pendarahan haid lebih tujuh hari.

Lazimnya masalah pendarahan haid berpanjangan tidak menjadi kebimbangan kebanyakan wanita. Ini kerana majoriti  wanita amat jarang mengalami masalah seperti ini. 

Bagaimanapun, pengetahuan mengenai masalah haid berpanjangan tetap menjadi satu pengetahuan penting bagi semua wanita.

PERIOD KEMBALI TERATUR

Apa punca haid berpanjangan?

Masalah ini boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuklah masalah hormon, kesuburan, keguguran, fibroid dan beberapa masalah kesihatan lain. 

Faktor-faktor ini diperincikan di bawah.

Haid sebenarnya satu proses semulajadi dalam tubuh wanita.

rahim wanita

Proses ini ada kaitan dengan mekanisme pembersihan dinding rahim daripada tisu mati pada setiap bulan. 

Seperti disebut di atas, proses pembersihan yang dikenali sebagai pendarahan haid itu sepatutnya berlaku dalam tempoh normal di antara tiga hari dan tujuh hari.

Bagaimanapun disebabkan beberapa faktor, tempoh haid menjadi lebih panjang.

Di bawah ialah beberapa faktor berkenaan.

1. Ketidakseimbangan hormon 

Antara faktor utama yang menyebabkan haid berpanjangan ialah ketidakseimbangan hormon dalam tubuh wanita. 

estrogen

Dalam keadaan biasa, hormon seperti estrogen dan progesteron, berfungsi mengawal kitaran haid wanita. 

Bagaimanapun, jika berlaku kekurangan atau lebihan hormon ini, seseorang wanita mungkin akan mengalami tempoh haid lebih panjang. 

2. Stres

Ini juga faktor yang mempengaruhi haid seseorang wanita menjadi lebih panjang.

stress

Malah faktor stres dan tekanan emosi boleh mengganggu hormon di dalam tubuh wanita.

Ini menyebabkan tempoh haid menjadi lebih panjang.

3. Obesiti

Kegemukan atau obesiti juga boleh menyebabkan tempoh haid seseorang wanita menjadi lebih panjang daripada biasa.

obesiti

Ini kerana lemak dalam tubuh boleh menghasilkan lebih banyak hormon estrogen. 

Dan, lebihan estrogen inilah yang menyebabkan tempoh haid wanita menjadi lebih panjang berbanding kelaziman.

4. Masalah kesihatan

Tempoh haid juga boleh menjadi lebih panjang berbanding biasa jika seseorang wanita sedang mengalami masalah kesihatan tertentu.

Ini termasauklah masalah endometriosis dan fibroid rahim. Fakta kesihatan menunjukkan gangguan pada rahim ini boleh mencetuskan ketidakseimbangan hormon.

fibroid

Masalah endometriosis dan fibroid rahim ialah dua keadaan membabitkan tisu rahim tumbuh di luar rahim (endometriosis) dan tisu tumbuh di dalam atau di sekitar rahim (fibroid rahim). 

Walaupun dianggap tidak berbahaya, kedua-dua masalah kesihatan ini boleh mempengaruhi tempoh haid. Ini menjadikan haid berlangsung dalam waktu lebih lama berbanding biasa.

Daripada ini dapat difahami bahawa wujud pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid berpanjangan. 

Dan, jika faktor-faktor berkenan wujud serta haid berpanjangan berlaku, anda wanita sangat disyorkan mendapatkan nasihat doktor perubatan.

Menerusi diagnosis, fakta tepat dapat diketahui berhubung punca sebenar masalah tempoh haid panjang serta merancang rawatan yang lebih sesuai.

Bagaimana merawat haid berpanjangan?

Walaupun haid berpanjangan bukan masalah lazim bagi kebanyakan wanita, masalah ini boleh mengganggu fikiran bagi wanita yang mengalaminya.

Justeru, pengetahuan mengenai kaedah sesuai bagaimana mengatasi atau merawat masalah haid berpanjangan di kalangan wanita adalah sangat perlu.

Di bawah ialah sebahagian daripada kaedah yang boleh diambil untuk mengatasi atau merawat masalah haid berpanjangan.

Rujuk doktor perubatan (medical doctor)

jumpa doktor

Elakkan mengambil tindakan sendiri jika haid anda berterusan untuk tempoh lebih tujuh hari atau kuantiti darah keluar lebih banyak berbanding biasa.

Sebaliknya, tindakan lebih bijak ialah temui doktor perubatan, terutama doktor wanita.

Doktor mungkin akan membuat diagnosis asas untuk menilai tahap kesihatan anda, termasuklah memeriksa kesihatan sistem reproduksi dan mencadangkan kaedah rawatan sesuai.

PERIOD KEMBALI TERATUR

Amalkan pemakanan sihat

makanan sihat 1 1

Pemakanan sihat sangat membantu untuk menguatkan sistem tubuh. 

Dengan pemakanan yang baik juga menjadikan sistem reproduksi seseorang wanita juga lebih sihat dan kuat. 

Untuk itu, anda wanita patut mengambil makanan kaya dengan unsur nutrisi. Ini termasuklah buahan, sayuran, bijirin dan kacang, ikan serta daging tanpa lemak.

Amalkan suplemen

makan supplement

Selain pemakanan sihat, mengambil suplemen tertentu juga bagus untuk merawat masalah haid berpanjangan.

Bagaimanapun, lebih baik berjumpa doktor perubatan atau pakar pemakanan berpengalaman sebelum mengambil sebarang suplemen.

Antara yang lazim disyorkan ialah suplemen yang mengandungi Omega-3.

Omega-3 dapat membantu mengurangkan keradangan dan kesakitan sepanjang haid berlangsung.

Anda juga boleh mengambil suplemen mengandungi unsur Vitamin B6 dan Vitamin E.

Herba tradisional

makan herba

Anda juga boleh mengambil herba tradsional tertentu yang sudah diketahui dan diakui mengandungi khasiat untuk kesihatan, terutama sepanjang tempoh haid.

Ini termasuklah halia, kunyit dan pelbagai rempah lain. Kebanyakan herba ini dapat membantu mengurangkan keradangan dan kesakitan sepanjang tempoh haid. 

Elakkan alkohol dan kafein

minum kopi

Fakta kesihatan menunjujkkan kelaziman mengambil alkohol dan kafein boleh menyebabkan haid berlangsung dalam tempoh lama.

Malah, pengambilan minuman mengandung satu atau dua bahan berkenaan boleh menyebabkan berlaku pendarahan haid pada kuantiti lebih banyak. 

Justeru, elakkan atau berhenti terus pengambilan alkohol dan kafein, apa lagi sepanjang berlangsung haid.

Gunakan pad yang sesuai

pad wanita 1 1

Jangan ambil mudah dengan menggunakan pad wanita yang tidak berkualiti atau tidak sesuai.

Dengan pad yang sesuai, risiko kebocoran, jangkitan dan situasi haid yang buruk dapat dielakkan. 

Lebih penting juga ialah anda wanita mesti tukar pad sekerap mungkin. 

Ini bagi mengelakkan jangkitan dan memburukkan situasi haid yang boleh menyebabkan ia berlangsung untuk tempoh panjang.

Amalkan suplemen zat besi

iron

Haid yang berpanjangan boleh menyebabkan anemia, iaitu akibat kehilangan darah secara berterusan untuk tempoh lebih lama berbanding biasa sepanjang tempoh haid. 

Anemia ialah situasi yang paras hemoglobin menjadi tidak mencukupi. Untuk mudah faham, situasi paras hemoglobin akibat kehilangan darah yang banyak ini samalah keadaanya akibat kehilangan darah ketika kemalangan jalanraya atau selepas pembedahan.

Justeru, mengambil suplemen zat besi adalah sangat bagus dan digalakkan. Ini kerana ia membantu meningkatkan tahap hemoglobin dalam darah, sekali gus mencegah anemia.

Riadah secara berkala 

riadah

Riadah secara berkala juga mampu meningkatkan peredaran darah serta menguatkan otot lantai pelvis.

Ini tentu membantu mengelak situasi haid yang serius serta mengurangkan risiko seseorang wanita mengalami haid secara berpanjangan.

Urus stres

urus stress

Untuk sesiapa sahaja, stres tentu tidak dapat dielakkan. Dalam konteks haid, stres melampau atau stres yang tidak diurus sebaiknya mungkin akan menyebabkan kitaran haid terganggu.

Stres juga boleh menyebabkan gejala haid menjadi teruk, juga menyebabkan berlaku haid berpanjangan melebihi tempoh lazim.

Banyak cara anda wanita dapat mengelak stres, termasuklah menerusi solat, baca al-Quran, zikir, meditasi dan bersosial secara positif.

Seperti disebutkan pada awal di atas, setiap wanita melalui tempoh haid berbeza.

Apa yang penting, jika anda wanita mengalami tempoh haid yang panjang melebihi tempoh lazim.

Langkah terbaik ialah dapatkan nasihat doktor perubatan. Masalah haid berkait rapat juga dengan masalah sakit senggugut.

Usahakan untuk dapat berjumpa doktor wanita kerana masalah ini sedikit sulit dan memerlukan pemahaman jantina.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *